.

Gebang MELAYU ...

Sekilas Pandang Perhimpunan Agong UMNO .

29 - 03 Disember 2011 , 5 hari berkampung di PanPac Hotel yang bertaraf 5 bintang. Beribu ahli UMNO hadir untuk mendengar amanat , ucapan para perwakilan yang berentam-rentam kononya perjuangan UMNO adalah untuk MELAYU . Tetibe je rasa geli dihati seolah-olah seperti ada makhluk yang sedang geletek hati TWH.

Ada yang bergebang Perjuangan UMNO , ada juga yang bercerita semangat UMNO , tak pula juga yang bertegang urat leher bercakap soal projek GLC , Winnable Candidate , NFC ooopppssss silap...cabul jari-jemai TWH.. Ada juga yang membawa kedaulatan MELAYU dan Raja-raja MELAYU di dalam usul yang seharusnya mereka menyokong usul yang dibawa oleh Presiden UMNO.

Tapi malangnya semuanya seolah-olah sebuah lakonan yang telah di tentukan apa skrip yang perlu dibaca. Ada jugak rasanya macam bercerita usul yang sedap didengar.Tambahan pulak si Tuan Pengerusi Tetap kelakar orangnya , tambah seronoknya perwakilan mendengar menjadikan halwa telinga sebelum nyenyak menyambung mimpi didalam Dewan Merdeka PWTC.

Lihat gambar dibawah:-

Adakah disini letaknya WASIAT Raja-raja MELAYU yang lebih dulu memikirkan apa yang harus diselamatkan terlebih dahulu untuk menjaga HAK MELAYU. Tidakkah didalam WASIAT raja-raja MELAYU ini tersimpan apa HAK MELAYU yang perlu disimpan oleh setiap Anak BANGSA MELAYU.? Akhirnya kemana ? KE-LANTAIIIIII .... ini je level WASIAT Raja-raja MELAYU untuk membela NASIB ANAK MELAYU pada masa akan datang . Fikir-fikirkan lah...... Renung-renungkan lah.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: