.

Kenapa MELAYU memilih UMNO ??

 Walaupun kenyataan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung hak istimewa orang Melayu diperlekehkan oleh pembangkang yang mendakwa kerajaan sudah kehilangan modal untuk meraih sokongan orang Melayu, apa yang diungkapkan oleh Perdana Menteri itu perlu diambil iktibar oleh orang Melayu. Ini kerana ia membolehkan mereka terus menikmati segala keistimewaan yang bukan sahaja termaktub dalam Perlembagaan, tetapi juga bantuan-bantuan lain yang diberikan oleh kerajaan bagi memastikan orang Melayu punya terus daya saing.


Hakikatnya orang Melayu tidak punya pilihan selain mengekalkan UMNO yang menjadi teraju kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah kerana hanya parti itu sahaja yang layak untuk disandarkan jaminan dan harapan bagi melindungi kepentingan  bangsa Melayu di negara ini.


Orang Melayu juga perlu membezakan antara kenyataan dan janji-janji pembangkang dan boleh menjadikan contoh apa yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor sebagai pedoman.  Kebelakangan ini banyak disiarkan mengenai nasib orang Melayu dan kaum-kaum lain di ketiga-tiga negeri tersebut yang mula sedar akan penipuan dan janji kosong pembangkang.

Seperti mana yang beliau katakan  dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, orang Melayu tidak perlu menyandarkan harapan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pas kerana kedua-dua parti itu terutamanya PAS yang rata-rata dipimpin oleh orang Melayu Islam tidak boleh menggantikan UMNO dalam berperanan untuk menegakkan kesucian agama Islam dan membela nasib orang Melayu. - SUMBER-

Apa lagi yang tinggal diatas nama MELAYU .. hanya sekadar nama lah jawapnya. Sebagai Contohnya Pulai Pinang , Jika dicabut semua bangunan di Pulau Pinang apa yang tinggal HAK MELAYU ..... harta MELAYU ..... APA???? 

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: