.

Atasi Masalah Rakyat

Kuala Lumpur : Naib Presiden UMNO , Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan 50 peratus kemenangan seseorang calon atau wakil rakyat bergantung kepada bagaimana beliau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. 

Angka tersebut diberi berdasarkan senario politik tanahair ketika ini yang belum menjanjikan UMNO akan menang pada pilihanraya akan datang. Sekiranya calon atau wakil rakyat tersebut gagal menyelesaikan masalah yang dihadapai rakyat dalam tempoh masa terdekat , maka calon tersebut gagal memperolehi 50 peratus undi tersebut . 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata , oleh kerana itu ketiga-tiga naib Presiden Umno diberi tanggungjawap untuk memantau semua bahagaian UMNO yang masih mempunyai permasalahan dalaman sebelum menjelangnya Pilihanraya umum ke -13 akan datang.

" Semua permasalahan tersebut akan diselesaikan dengan cara yang berhemah sebelum menjelang PRU-13 akan datang." katanya kepada pemberita.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: