.

BERSIH 3.0: AMBIGAR BERKERAS UGUT

Ambigar kali ini akan meneruskan agenda BERSIH 3.0 sekiranya tuntutan yang dibuat didalam Agenda BERSIH 2.0 lalu tidak dipersetujui oleh kerajaan . Kenyataan itu dibuat selepas Datuk Ambiga melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini. 

"Kami khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor-syor yang dibawa oleh PSC ( Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) bagi pembaharuan pilihanraya di Malaysia." katanya kepada media. 

Ambiga yang memimpin BERSIH 2.0 pada 9 julai lalu mengugut kerajaan akan turun semula ke jalanraya sekiranya pihak kerajaan tidak mempertimbangkan apa yang mereka syorkan sebelum menjelang pilihanraya akan datang. Katanya lagi , penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada lapan (8) perkara yang dituntut didalam agenda pembaharuan pilihanraya di negara ini. 

Di dalam sidang itu juga , Ambiga tanpa segan silu telah melantik Datuk A.Samad Said Sasterwan Negara sebagai pengerusi bersama dan Aktivis pelajar Shukri Abdul Razab pula sebagai anggota jawatankuasa pemandu. 

Kata Talkwithhand: 

Ini jelas (BERSIH) telah mempergunakan pelajar sebagai alat mereka untuk turun ke jalanan semula sebelum pilihanraya akan datang . Adakah patut mereka melibatkan pelajar sebagai khalayak mereka untuk membawa usul meraka yang kononya menuntut pembaharuan pilihanraya di Negara ini? Perkara ini dipandang tidak wajar , seperti mana yang difikirkan wajar oleh Datuk Ambiga. Perkara ini yang hanya akan mendorong remaja terlibat dengan perhimpunan haram hanya akan mengakibatkan masa depan pelajar tersebut terjejas sekiranya mereka tertangkap kerana menyertai perhimpunan haram BERSIH seperti 9 julai lalu.Yang pernah tertangkap pun Ambiga tak pergi jamin. Hurmmmmm apa lah nasib ....  
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: