.

TUN M : ISYTIHAR ASET MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI

Bercakap di rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA hari ini , Tun Mahathir Mohammed yang menyokong usul SPRM agar semua menteri kabinet mebuat pengisytihran harta milik mereka dengan telus. Sekiranya tidak mampu telus Tun M menyarankan agar menteri dan timbalan menteri tersebut melepaskan jawatan yang mereka sandangi.

Ini lah dia perkara yang perlu dilakukan sebelum menjelangnya PRU-13 untuk mendapatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang berkhidmat secara telus dan betul. Namun demikian pengisytiharan tersebut tidak perlu diumumkan kepada awam . Malah Tun Mahathir menyarankan agar pengisytiharan tersebut perlu dilakukan kepada badan berkecuali yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik bagi mengelakan di lempar pelbagai tuduhan palsu terhadap ketelusan mereka. 

Berkata lagi di majlis tersebut " Mereka perlu telus didalam memimpin mana-mana jentera kerajaan yang mereka pimpin , sekiranya mereka tidak mampu untuk telus , mereka perlu meletakan jawatan mereka dan jangan tunggu sehingga diterajang keluar baru nak letak jawatan" kata Tun Mahatir pada masjlid tersebut.

TWH BERKATA : 

Pada TWH perkara ini seharusnya wujud sejka sekian lama lagi sebelum menjadi nanah yg menjadikan nama baik UMNO tercalar dan diberi gelaran MAKAN DUIT RAKYAT oleh puak-puak pembangkang . Menteri dan Timbalan Menteri yang memimpin mana-mana kementerian perlu mengisytiharkan harta-harta milik mereka. Dan sekiranya perkara ini berjaya dilakukan dengan penuh ketelusan , makanya bukan lagi 50-50 harapan kerajaan untuk menang didalam pilihanraya pada kali ini kerana sekurang-kurangnya rakyat berpuas hati kerana para pemimpin UMNO mampu bertindak secara telus.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: