.

MERDEKA 55 TAHUN !!!! BUKTI KERAJAAN MALAYSIA ADALAH YANG TERBAIKKKKK !!!!

 Perjalanan TWH ke Stadium Bukit Jalil semalam dengan menggunakan public transport iaitu teksi dihiasi dengan sembang santai diantara TWH dan pemandu teksi di Kuala Lumpur. 

T.W.H : Dah Berapa lama bawa teksi ni bang ?

TEKSI : Dah 30 tahun la dik ? 

T.W.H : Mak oii Lama nye .... memang dari muda la ye abang bawak teksi ni ?

TEKSI : Ye dik , apa boleh buat ini je yang termampu abang buat , nak kerja dalam opis air cond , sekolah pun tak tinggi. 

T.W.H : tak pe la bang , janji HALAL . Anak berapa orang bang ? soal TWH bertanya lagi 

TEKSI : 6 orang je dik , tapi Alhamdulillah semuanya menjadi nampaknye . Yang Sulung sekarang dah berkahwin , tapi masih sambung belajar di luar Negara dalam bidang kedoktoran. Yang no.2 sekarang pensyarah di UNISEL. Yang number 3 , bekerja di Jabatan Perdana Menteri. Yang lain tu masih belajar lagi. 

T.W.H : Alhamdulillah semua menjadi , abang tak sambut merdeka ke tahun ni ?

TEKSI : Setiap tahun abang sambut dalam teksi je dik , dah 55 tahun pun malaysia ni merdeka , abang tengok Tun Mahathir dan Najib aje lah yang mampu memacu Negara kita ni kearah kemajuan dan rakyat hidup dalam zon selesa. Tengok la baru-baru ni , tak pernah-penah kerajaan nak bantu pemandu teksi , kini setiap tahun pemandu teksi dapat tayar free , Ye la , memang la kena bayar dari segi upah pasang tayar tu , tapi kita kena ingat , kos beli tayar dah tak perlu bayar. Kalau nak semua nye free , baik suruh kerajaan bagi sebijik teksi free kepada semua pemandu teksi Kuala Lumpur ni. Pada abang , kerajaan yang sedia ada ni dah cukup terbaik dah dik. 

Dalam keadaan jalan yang agak sesak , menuju ke Bukit Jalil , TWH meneruskan pelbagai soalan kepada abang teksi yang sporting tu. 

T.W.H :  Politik tanahair sekarang ni bang belum tentu akan menjamin kerajaan yang ini , akan terus memerintah Negara untuk masa akan datang. Sebb rakyat dah cerdik , apa yang kerajaan bagi , rakyat sapu je. Tapi undi atau kenang jasa kerajaan belum tentu lagi bang. 

TEKSI : Itu satu hal la jugak dik . Abng pun hairan la apa yang PAS , DAP dan PKR nak . Macam PAS , dah 20 tahun lebih pun perintah Kelantan , tapi apa yang bangun di Kelantan ? tak ada apa pun . Same je dengan 20 tahun dulu. Hukum Hudud PAS , dia faham ke HUDUD tu ape ? kalau faham , kenapa tak buat untuk Negeri yang PAS perintah? sedangkan undang-undang setiap Negeri , tak selaras pun. Kalau betul perjuangan PAS untuk memerintah Negara dengan mengikut garis panduan Agama , kenapa tidak buktikan dahulu kepada Kerajaan Malaysia , bagaimana Hukum Hudud dapat dilaksanakan di Kelantan. 

Tetapi bukan itu yang berlaku, orang-orang PAS ni lebih suke berhimpun diatas jalan raya kat KL ni , buat perhimpunan Haram , memekak , menyusahkan semua orang. Terutama orang macam kami ni , dah la gaji pun bergantung kepada trip yang kami bawa , kalau dah Kuala Lumpur huru-hara , macam mana teksi kami nak jalan? Tu peniaga yang berniaga di tepi jalan tu , mcm mana pulak . jadi , pada abang la , adalah lebih baik jaga je kerajaan yang sedia ada , asalkan negara kita aman damai , semua orang hidup senang. Kerajaan dah buat yang terbaik untuk rakyat , DS.Najib dah lakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia , orang melayu dan semua. jadi pandai-pandai kita la pulak mcm mana nak kenang jasa baik kerajaan. 

T.W,H : Betul tu bang. Ok bang . Abng berhenti kat stesen LRT tu pun tak pe dah . 

TAMAT PERBUALAN TWH DENGAN PEMANDU TEKSI.
__________________________________________________________________________________



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: