.

PERLU BACA !!! KERAJAAN PILIH KASIH !!!!


Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyangkal mana-mana pihak yang mengatakan bahawa kerajaan yang memerintah kini adalah bersifat pilih kasih dan rasis. Ini terbukti apabila status pemilikan tanah kepada 85orang di Masai , Johor Bharu pada baru-baru ini . 

"Ternyata bahawa kerajaan yang sedia ada kini tidak bersifat pilih kasih atau rasis terhadap rakyat. Jika diambil kira pemberian status pemilikan tanah kepada 85 orang yang layak untuk menerimanya.Ini juga membawa maksud bahawa , tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang adalah tidak benar dan fitnah."katanya kepada pemberita.

Didalam isu pemberian status pemilikan tanah kepada 85 orang sahaja yang layak untuk diberikan status pemilikan tersebut daripada 167 orang yang memohon , kerajaan dilihat berlaku adil kepada setiap lapisan masyarakat tidak mengira apa jua agama dan bangsanya.Asalkan menepati apa yang telah digariskan oleh kerajaan sebelum memberikan status pemilikan tersebut. Kepada mereka yang tidak dapat dan tidak layak , boleh meneruskan permohonan dan rayuan. 

Namun demikian , mereka yang tidak berjaya didalam permohonan tersebut , tidak seharusnya mengganggap bahawa kerajaan pilihkasih , sedangkan kerajaan masih memikirkan jalan penyelesaian yang sewajarnya. Ini kerana , kerajaan menyedari bahawa mereka yang memohon status tersebut adalah penduduk yang telah lama duduk disitu dan akibat menunggu status tersebut diberikan mengambil masa yang lama , maka mereka telah membeli tanah dan rumah di kawasan lain serta , ada juga penduduk yang lama di kawsan parlimen tersebut , terlibat dengan tanah rizab jalan kerajaan. 

Datuk Seri Khaled Nordin juga menyatakan bahawa pihaknya akan terus memberikan sokongan kepada mereka yang memohon dan rayuan kerana , mereka telah lama meneroka dan mendiami tanah tersebut. Namun kerajaan turut mengharapkan agar pemberian status tanah tersebut kepada mereka yang layak menerimanya , agar tidak menjual tanah tersebut kepada pihak lain walaupun ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi nialainya.


TWH BERKATA : 

Dalam hal ini , pembangkang tidak layak untuk menytakan bahwa kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Seri Najib tidak pilihkasih dan bersifat rasis terhadap setiap golongan masyarakat yang ada di Malaysia. 

Cuma yer lah kan , adat orang kita , "orang memberi , kita merasa , orang berbudi kita berbahasa." Balas lah jasa baik kerajaan kini dengan rasa prihatin sebagai rakyat yang bertanggungjawab bagi memastikan keadaan negara berada di dalam keadaan yang baik serta dapat menjamin masa depan generasi akan datang . 

Jangan lah pula dianggap semua apa yang kerajaan cuba buat sekarang adalah untuk menang didalam PRU-13 akan datang. Ya mungkin itu lah yang diharapkan oleh Pucuk pimpinan sekarang, TWH rasa tidak salah jika Dato Seri Najib inginkan kemenangan didalam PrU-13 akan datang bagi memastikan keselamatan dan generasi akan datang akan lebih terjamin. 


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: