.

GEMPAR !!! HARUS BACA !!!!!! PEMBELIAN MELIBATKAN PIHAK KE-3 !!!!



Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga bagi urusan pembelian aset pertahanan negara seperti kapal selam Scorpene, jet pejuang Sukhoi dan kenderaan berat, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Menafikan dakwaan bahawa pembelian kapal selam Scorpene dilakukan melalui sebuah syarikat berpangkalan di Hong Kong, beliau berkata urusan pembelian dilakukan antara kerajaan dan kerajaan.

"Saya buat penjelasan di sini bahawa kita tak pernah melantik mana-mana pihak ketiga dalam mana-mana pemerolehan aset sama ada kapal selam, kenderaan berat, Sukhoi, semua sekali urusan adalah kerajaan dengan kerajaan.

"Mindef tidak pernah ada apa-apa lantikan untuk lantik satu syarikat yang berdaftar di Hong Kong sebagai wakil untuk pemerolehan Scorpene," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat Rabu.

Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) berhubung pembelian kapal selam Scorpene.





(BERSUMBER : BERNAMA ) 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: