.

GEMPAR !!!!!! MALU TAK SUDAH !!!!


Keengganan kerajaan Australia memenuhi permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencampuri urusan perjalanan pilihan raya di negara ini memberi satu tamparan hebat kepada ketua pembangkang itu dalam usahanya untuk menarik perhatian dan simpati dunia dalam meneruskan sisa-sisa perjuangan politik beliau.

Tindakan Anwar Ibrahim itu boleh disifatkan sebagai satu tindakan terdesak sehingga sanggup menggadai maruah diri dan memburuk-burukkan kerajaan ketika parti pimpinannya berdepan dengan pelbagai masalah untuk terus bertahan dan diterima rakyat menjelang pilihan raya akan datang.


Apa yang didakwa oleh Anwar Ibrahim dalam suratnya kepada Menteri Luar Australia senator Bob Carr sememangnya tidak masuk akal. Jika pilihan raya di negara ini dikatakan tidak bebas dan adil, penuh dengan penipuan dan rasuah, Kelantan tidak akan berada di bawah pemerintahan kerajaan Pas selama lebih 20 tahun. Begitu juga dengan Pulau Pinang tidak jatuh kepada DAP atau Selangor dan Kedah tidak akan jatuh ke tangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas. Mereka cuba menidakkan fakta dan membodohkan rakyat dengan momokan yang tidak berasas.

Jika beliau menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bebas, Anwar sepatutnya berani untuk bersemuka dengan pihak SPR dan mengemukakan segala bukti sepertimana yang beliau dakwa dan bukannya mengadu kepada pihak ketiga lebih-lebih lagi kuasa asing untuk mencorakkan dan menentukan perjalanan pilihan raya di negara ini. Pihak SPR tidak pernah menutup pintu kepada mana-mana pihak untuk duduk berbincang dan mengemukakan segala bukti tentang dakwaan kononnya badan itu tidak telus dan sebagainya.

Walaupun SPR berulang kali mengeluarkan kenyataan mempertahankan ketelusan dan integriti badan itu dengan memberi jaminan bahawa negara ini mempunyai senarai daftar pemilih yang bersih, pembangkang dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang condong kepada kumpulan itu terus menerus menanam persepsi buruk dalam fikiran rakyat terhadap SPR. Tujuan mereka adalah jelas iaitu sekiranya Barisan Nasional kembali memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti, mudah bagi mereka untuk mengaitkan kemenangan itu dengan sistem yang berat sebelah. (SETERUSNYA)

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: