.

GEMPAR !!!!!! PUCUK PIMPINAN PAS DICABAR LAGI !!!!!!




KOTA BARU: Pimpinan PAS dibidas kerana dilihat seolah-olah terpengaruh dengan kebimbangan dan polemik yang dicetuskan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang mengenai perlaksanaan hukum hudud.
Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan, Zahari Arip berkata, pimpinan PAS sepatutnya tidak membelakangkan dasar parti itu terutama mengenai perlasanaan undang-undang Islam berkenaan semata-mata takut hilang sokongan masyarakat bukan Islam.
“Isu hudud dipolemikkan oleh rakan kita…DAP yang dikhususkan kepada Karpal Singh. Bahkan di sana ada yang berkata, bagaimana perlaksanaan hudud mahu dilaksanakan di Malaysia kerana tidak sesuai dan tidak kondusif.
“Tapi malangnya kenyataan-kenyataan ini ditatang sedikit sebanyak oleh kepimpinan PAS,” katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini, Sabtu.
Media pada Sabtu melaporkan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata polemik isu hudud yang diperjuangkan PAS sudah diselesaikan dalam pakatan pembangkang.
Menurutnya, komponen pakatan pembangakang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil pendirian ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ terhadap isu berkenaan.
Selain itu Zahari turut menarik perhatian perwakilan PAS dengan memberi amaran kepada pemimpin parti itu yang dilihat cenderung untuk meremehkan isu perlaksanaan hukum hudud.
Tegasnya, pemimpin berkenaan boleh diambil tindakan kerana membelakangkan dasar parti itu.
“Dalam bola sepak, Tan Sri Annuar Musa diambil tindakan kerana mengeluarkan kenyataan yang membelakangkan Presiden FAM. Dalam PAS sangat harmoni bila presiden kata PAS akan laksanakan hukum hudud mengikut lunas demokrasi…selesai (tak berbangkit lagi).
“Tapi kenapa di sana ada pimpinan lain yang cuba cakap hudud bukan agenda Pakatan Rakyat? Apakah kita nak ambil tindakan macam FAM? (SETERUSNYA )
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: