.

GEMPAR !!!!!! TERBOCOR RAHSIA PERIBADI ANWAR !!!!!!

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apakah perancangan sebenar yang ingin dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Terutama sekali kepada golongan muda atau lebih dengan jolokan nama GEN Y oleh Dato' Seri Najib Perdana Menteri Malaysia. 

Mungkin banyak laman-laman blog , twitter , FB telah mendedahkan bahawa Anwar adalah tali barut kepada Israel dan Amerika Syarikat (AS) selama hari ini. 

Tetapi adakah kronologinya diterangkan secara detail dan terang kepada pembaca sekalian. Malah di dalam episod-episod debat yang melibatkan Anwar Ibrahim juga tidak ada menyentuh soal siapakah Anwar Ibrahim dimata Israel dan Amerika Syarikat (AS). 

2006 – Kritik dan Sokong Israel
Sifat hipokrit Anwar Ibrahim tentang Israel mula disedari oleh penulis-penulis barat sejak tahun 2006 lagi apabila pemimpin chameleon itu mula secara tiba-tiba pada ketika itu mengkritik dasar luar AmerikaSyarikat, negara yang menjadi pengkalan beliau selepas keluar dari penjara dan beliau turut gah mengkritik Israel.

Perkara ini menjadi tanda tanya di kalangan pemerhati barat, kenapa rakan mereka dari Malaysia itu secara tiba-tiba bersifat demikian?


Hal ini akhirnya terungkai apabila rupa-rupanya pada ketika itu nama beliau disebut-sebut sebagai pengganti Kofi Annan selaku Setiausaha Agung PBB. Masyarakat dunia bernasib-baik kerana Anwar tidak terpilih.

Ramai daripada mereka percaya, kritikan Anwar terhadap AS dan Israel itu hanya satu bentuk kempen untuk meraih sokongan dunia Islam dan untuk memperoleh jawatan itu. Kritikan yang pada mereka pada bila-bila masa boleh berubah di mulut orang seperti Anwar.

Pandangan mereka ternyata benar apabila apabila pada tahun itu juga ketika ditemubual
wartawan ABC,Mark Colvin. Anwar yang ketika itu semakin hampir bergelar setiausaha agung PBB berdepan tekanan akibat mengkritik negara zionis itu mengendurkan kritikan terhadap Israel dan mula menyatakan beliau berpendirian untuk mempertahankan keselamatan negara zionis itu.

Kenyataan Anwar menyokong mempertahankan keselamatan Israel ini ada tertulis di laman web ABC dan rakaman audio yang boleh di download di sini. Anwar pada minit 5 : 54 menyebut :
I
am agreeable, I mean, I support the policy to protect the security of
Israel, but I cannot rationalise the continuing bombardment of Iraq.
2007 – Sokong Two State Solution (Iktiraf Israel)
Tahun 2007 adalah tahun yang bersejarah bagi Anwar apabila bermesyuarat kali
pertama dengan para penyokong Israel dalam organisasi ICG (International Crisis Group) yang disertai beliau sejak 2006, di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac 2007.

Hasil mesyuarat pemimpin-pemimpin pro zionis ini adalah draf ‘Annapolis Summit’ yang
mencadangkan ‘Two State Solution’ yakni mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah.

Bukti penglibatan Anwar dalam menyokong agenda ‘two state solution’ anjuran ICG didedahkan sendiri oleh laman web ICG, bertarikh 26 Mac 2007. Buktinya klik sini.

Tandatangan sokongan ini diketuai oleh 8 orang kepala-kepala Yahudi yang terlibat
secara aktif dalam dalam tiga badan pemikir Yahudi Amerika Syarikat iaitu CFR (Council on Foreign Relations), ICG (International Crisis Group) dan USMEP (The U.S./Middle East Project). Lapan orang tersebut adalah Zbigniew Brzezinski, Lee H. Hamilton, Carla Hills, Nancy Kassebaum-Baker,Thomas R. Pickering, Brent Scowcroft, Theodore C.
Sorensen dan Paul Volcker.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment