.

HARUS BACA !!!!!! BAGAIKAN MELUKUT DITEPI GANTANG !!!!


 UMNO tidak pernah membawa fahaman politik benci dan fitnah yang membakar sentimen  agama dan perkauman seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak  sebaliknya fahaman itu didalangi oleh Pas dan DAP yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecahbelahkan masyarakat.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Wanita Pemuda dan Puteri di sini, beliau berkata, Pas dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu di mana Pas menggunakan sentimen agama untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka.  Sementara DAP menggunakan sentimen perkauman melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam komponen Barisan Nsional (BN).


“Pas mahu orang Melayu membenci UMNO dan DAP pula mahu orang bukan Melayu menyokong mereka. Semua ini dilakukan atas dasar kepentngan politik yang jumud dan politik serakah tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini

“Kononnya undi Pas masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah mereka sanggup mendoalan kehancuran saudara segama. Merekalah sebenarnya yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang menyemarakkan api fitnah dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian,” kata beliau.

Menyentuh tentang kerjasama Pas, DAP, beliau berkata kedua-dua parti itu bukan sahaja masih tebal dengan sentimen  kaum dan agama tetapi juga sangat berbeza dari segi ideologi  dan pendirian politik. Malah sehingga kini kedua-dua parti itu sentiasa bersengketa, bertelagah dalam banyak perkara dan sentiasa bercakaran disebabkan oleh ideologi yang jelas berbeza.

“Ternyata Pas hanya melukut ditepi gantang. Pas tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya kuasa yang sepatutnya diberikan kepada Pas dirampas oleh DAP dan PKR. Malang bagi Pas yang berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, Pas hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir mereka untuk merebut kuasa,” tambah beliau lagi.

Menurut beliau lagi, jika Pas sendiri tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa Pas boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang.

“Tidak mungkin Pas boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi Pas sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukannya negara Islam. Tambahan pula Pas sedar bahawa sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.

“Ironinya, jika Pas menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, Pas tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan,” tambah beliau lagi.

Dalam ucapannya beliau turut mengangap bahawa konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihan raya lalu dan memerintah beberapa buah negari adalah satu hikmah yang mendedahkan bahawa mereka sebenarnya tidak boleh berkerjasama dan berkongsi kuasa.

Satu sebab yang paling utama ialah tiada sikap saling mempercayai antara mereka. Buktinya isu siapa yang layak menjadi perdana menteri di kalangan mereka jelas menunjukkan tiada kesepakatan.

“Semua ini jelas menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi Pas tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi Pas dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan Dap dan PKR,” tegas beliau.

Tegas beliau, berbeza dengan UMNO dan BN di mana kebjiaksanaan pemimpin terdahulu memilih acuan perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur antara parti-parti politik politik yang mewakili pelbagai kaum tidak pernah diingkari dan dinodai malah prinsip itu sentiasa dipupuk dan disuburkan seterusnya menjadi pasak kepada kekuatan BN.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: