.

HARUS BACA !!!! GUGURNYA MP L.PANTAI !!!!




Anwar bercakap mengenai isu-isu besar seperti ketelusan, keadilan sosial, memartabatkan Islam dan melawan rasuah tetapi apabila terkena batang hidung sendiri, beliau gagal melakukan muhasabah diri tetapi seperti kebiasaan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.

Anwar anggap dirinya suci dan tergolong dalam kategori mazlum atau orang yang dizalimi tetapi hakikatnya beliau hanya menggunakan Islam untuk menegakkan idealogi politiknya songsang.

Kenyataan Nurul Izzah secara terang dan dibuat di khalayak ramai yang jelas bertentangan dengan pengertian sebenar ayat al-Qur’an yang dirujuk dan pendirian Islam dalam isu murtad tetap mahu dipertahankan oleh Anwar hanya kerana yang menyuarakan pendapat sedemikian adalah darah daging sendiri.

Jadi bagi Anwar Islam adalah kuda tunggangannya yang boleh dimanipulasi sekehendaknya dalam apa-apa keadaan sekalipun asalkan ia memberi manfaat politik kepada beliau.
Kelemahan yang ditunjukkan oleh biro agama PKR yang disebut sebagai Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA) dalam menangani kemelut yang dicetuskan oleh Nurul Izzah amat memalukan sekali.

Nama biro yang diberikan sungguh gah sekali tetapi malangnya apabila situasi timbul di mana Islam perlu dipertahankan, BiPPA hanya pandai menikus dan membenamkan kepalanya dalam pasir seperti seekor burung kasawari (ostrich).

Peristiwa di Gereja Full Gospel Tabernacle akan tercatat di dalam memori Nurul Izzah sebagai sejarah hitam sehingga akhirnya hayatnya.

Dari segi karier politik Nurul Izzah, ia sudahpun tamat sebelum pun ianya bermula, jadi eloklah beliau bersara sahaja daripada bidang yang bukan menjadi kepakarannya.
Pastinya orang Melayu di Lembah Pantai yang diwakilinya akan berfikir sepuluh kali sebelum memberi undi kepada Nurul Izzah pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Pengundi Islam akan terfikir apakah mereka akan terus menyokong seorang yang tidak sayangkan Islam dan merelakan orang Islam murtad dengan mudah sekali ataupun mengundi pihak yang sekian lama telah membela dan menaikkan syiar Islam sejak merdeka.

Isu murtad , adlah isu yang berjaya menggurkan seorang Ahli Parlimen Lembah Pantai . Dek kerana kebodohan dan kejahilanya didalam mentafsirkan Al-Quran. Ini juga bukan lah golongan pemimpin yang perlu ada di dalam Islam. 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: