.

HARUS BACA !!!!!!! PENDEDAHAN SIAPA PAS YANG SEBENARNYA !!!!!!


Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli UMNO seharusnya mendedahkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 bahawa PAS adalah sebuah parti yang berselindung di sebalik imej Islam.

Perdana Menteri berkata, sekiranya UMNO dapat mengemukakan hujah bernas mengenai jati diri PAS yang sebenarnya kepada rakyat, beliau yakin UMNO akan muncul sebagai parti yang utama dalam kalangan orang Melayu. 



PAS perlu menggambarkan parti itu sebagai sebuah parti Islam. Tapi sama ada perbuatan itu (doa menghancurkan UMNO dan Barisan Nasional, BN) adalah benar-benar menepati prinsip dan syariat Islam atau sebaliknya ia adalah sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam. Itu yang harus dibincang oleh UMNO, katanya dalam temu bual eksklusif sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di pejabatnya di Parlimen, baru-baru ini. 

Beliau mengulas tindakan PAS mendoakan kehancuran UMNO dan BN pada Muktamar PAS 2012 yang berlangsung baru-baru ini, dan bagaimana beliau mahu ahli UMNO memberi reaksi kepada perkara itu.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri berkata, pelbagai pendapat yang tidak sekata dalam kalangan parti pakatan pembangkang membuatkan rakyat masih kabur dengan bentuk dasar yang bakal diamalkan dan hala tuju mereka jika ditakdirkan memerintah nanti.

Katanya, parti mana yang akan menjadi lebih dominan juga tidak dapat ditentukan, namun memberi jaminan BN dan UMNO akan meneruskan dasar serta hala tuju yang dibentangkan kepada rakyat.

Dalam pakatan itu ada parti yang nak asas Perlembagaan dipinda. Sebab DAP dengan ideologi Malaysian Malaysia yang tidak menerima prinsip dan semangat Perlembagaan. Dan kita ada PAS yang nak wujudkan negara Islam ikut tafsiran mereka. Itu pun jadi tanda tanya kerana definisi negara Islam itu pun masih kabur lagi. 
Ketiga, ada PKR yang memperjuangkan pendirian boleh disangsi, termasuk kefahaman yang terlalu liberal dan pluralisme yang boleh menimbulkan banyak kontroversi.

Dalam BN, kita boleh jamin dasar kita konsisten. Apa pun akan berlaku, kita ada jaminan bahawa hala tuju dan dasar yang sudah dibentang kepada rakyat dapat kita teruskan. Tapi, pembangkang penuh risiko, tanda tanya dan kesangsian. Sama ada kita sanggup memperjudikan masa depan kita, itu menjadi soal pokok, tegasnya.

Dalam wawancara selama sejam itu, Najib turut menyentuh tindakan ketua pembangkang yang cuba merayu campur tangan pihak luar dalam pilihan raya negara ini, seolah-olah menafikan amalan demokrasi yang selama ini berjalan dengan baik.

Ditanya sama ada ia dilakukan kerana pembangkang yakin mereka tidak mampu memenangi PRU-13, beliau berkata, atas sebab itulah pembangkang cuba menyediakan minda rakyat bahawa proses pilihan raya negara itu tidak telus.

Ada juga orang kata bahawa kalau dia tak menang, dia nak tunjuk perasaan juga. Nak tunjuk pilihan raya kita tak telus dan tak adil. Segala-galanya boleh berlaku sebab mereka sangat obses, mabuk nak menguasai Putrajaya. Australia pun dah tolak (permintaan Anwar untuk memantau dan memerhati PRU-13), katanya. (BHARIAN)
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=FMsRH5MEbEE