.

HARUS BACA !!!!! POLITIK CACI MAKI SUKAR DI BENDUNG TERUTAMA PAS !!!!


Budaya politik sempit, umpat keji, maki hamun yang sudah lama menular di negara ini sudah sampai ke kemuncaknya dan tidak mustahil akan menyebabkan tercetusnya peperangan seperti di negara Islam lain jika dibiarkan berlarutan, kata pemerhati politik, Dr Zahalan Man.
Ekoran itu katanya, politik caci nista ini harus segera dihentikan sebelum ianya mengundang parah yang lebih besar sehingga berlakunya kehancuran umat hanya gara-gara politik.

"Apa yang berlaku seperti di negara lain pun, mula-mula ialah perselisihan faham, tak puas hati, lepas itu kata-mengata, lepas itu caci-mencaci, lepas itu terus berperang, di sini pun akan berlaku macam itu juga, jadi kita kena hentikan perkara ini.

"Orang Melayu akan hancur kerana telah diresapi ideologi-ideologi Yahudi di dalam badan dan akal-akal orang Melayu, dalam jiwa orang Melayu. Jadi orang Melayu hari ini kita lihat sudah hendak berperang," katanya kepada Sinar Harian Online.

Zahalan diminta memberikan pandangan berhubung tulisan yang juga doa bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Datuk Dr Ismail Ibrahim supaya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) segera diadakan supaya rakyat Malaysia "khususnya orang Melayu dan orang Islam, telah menghabiskan masa secara sia-sia, tanpa banyak memberi faedah yang positif dan produktif untuk kepentingan bangsa dan agama kita", dapat dihentikan.

Beliau ditanya apakah dengan berlangsungnya segera PRU13 yang dikatakan paling sengit ini, wajah politik Malaysia akan bertukar.

Menurut pemipin veteran ini, meskipun PRU13 berlangsung awal, ia tidak akan mampu mengubah apa-apa, namun bertegas hal ini perlu dihentikan segera.

"Tak boleh berlanjutan sebabnya kalau kita melihat dari segi perjuangan politik tanah air kita yang dibawa oleh datuk nenek kita dahulu, budaya hormat-menghormati antara satu sama lain sangat tinggi. Berbudi bahasa, tutur
kata dengan lembut, ada nilai bangsa dan agama," katanya.

Beliau memberikan contoh seperti yang berlaku pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini sehingga menimbulkan perasaan kurang enak di kalangan umat Islam di negara ini. 

"Adakah ada ayat al-Quran yang cakap boleh maki? Adakah hadis menyebut ada sifat-sifat nabi yang mengeji orang, menyumpah atau mendoakan orang supaya lingkup? Nabi pun doa Kau selamatkan lah umatku, tetapi kita ini berdoa untuk bagi rosak dan musnahkan KO! KO! semua ini... kita sudah masuk bahasa Yahudi. Kita sudah tidak ada peradaban.

"Ini lah satu doa yang didoakan oleh iblis syaitan. Mereka (syaitan) berdoa juga supaya orang Islam ini musnah. Dia berdoa juga kepada ALLAH. Adakah ALLAH akan memakbulkan doa-doa dia?" Dr Zahalan lagi. (SETERUSNYA ) 

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: