.

HUDUD DIKECAM LAGI !!!!!! KELANTAN : KARPAL CABAR SAMAN !!!!!


Kerajaan Negeri Kelantan semalam di desak untuk memberikan pendirian mereka terhadap hukum Islam yang dikenakan terhadap orang bukan islam di Negeri yang diperintah oleh PAS itu. 

Karpal Singh menuntut agar penyelesaian kepada isu tersebut dapat dilakukan dengan segera , agar rakyat tidak akan merasa keliru terutama sekali , kepada mereka-mereka yang bukan beragama islam . 

PAS yang selama hari ini sibuk melaungkan undang-undang islam hanya untuk orang islam sahaja , Namun kejadian yang berlaku di Kelantan baru-baru ini telah memberikan impak kepada orang bukan islam. 

Undang-undang terbabit hanya terpakai ke atas orang Islam, maka orang bukan Islam boleh mengambil tindakan mencabar saman dikenakan di mahkamah bagi menyelesaikan masalah ini, katanya ketika mengulas keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, baru-baru ini. 

Lee Ting mendakwa disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010. 

Akibatnya, dia didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama. 

Karpal berkata, orang bukan Islam Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, bolleh mencabar saman terbabit di mahkamah.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: