.

PERLU BACA !!!! APA BEZA ANWAR DENGAN ZIONIS !!!!



Langkah usir penduduk dari bumi Gaza

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCC) semalam diberitahu pengeboman berterusan ke atas rumah penduduk Palestin oleh tentera rejim Zionis bukan akibat kecuaian.

Salah Al-Sammouni, penduduk Zeitun, di Gaza, dalam keterangannya melalui akuan bersumpah berkata, ia dilakukan secara terancang sebagai amaran itulah nasib penduduk jika masih berdegil untuk tinggal di negara mereka sendiri.


Pegawai naik pangkat 


Katanya, pegawai tentera Israel yang mengetuai serangan bukan saja terlepas daripada tindakan undang-undang, malah dinaikkan pangkat berdasarkan jumlah penduduk yang dibunuh.

Saksi pertama berusia 33 tahun yang kadang kala menangis ketika memberikan keterangan menceritakan kekejaman tentera mengebom rumah sepupunya dengan pelancar roket pada 5 Januari 2009. Dalam kejadian itu 21 ahli keluarga termasuk bapa, ibu dan anak perempuan beliau yang masih kecil turut terkorban.

Terus bedil rumah

Katanya, helikopter Apache hanya berhenti menembak selepas anggota keluarga perempuan yang menanggalkan tudung melambai-lambai tanda mereka tidak bersenjata dan semua ahli keluarga yang cedera kemudian keluar dari rumah. 
Dalam perjalanan ke hospital berjalan kaki, mereka terjumpa tentera rejim yang mengarahkan mereka kembali dengan berkata: “Pergi balik dan mati”. 

“Saya suruh semua orang teruskan dan tak perlu risau jika ditembak kerana kami berhadapan pasukan yang tidak berperikemanusiaan terhadap apa-apa pun,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan suruhanjaya yang diketuai bekas Majistret, Musa Ismail, bersama-sama calon Hadiah Nobel Keamanan, Denis J Halliday; bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Prof Hans-Christof Von Sponeck; Pengarah Eksekutif Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Dr Zulaiha Ismail dan Pengarah Pusat Kajian Globalisasi (CRG), Michel Chossudovsky.( SETERUSNYA)
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: