.

GEMPAR !!!!! PAS BUKAN ISLAM YANG SEBENAR !!!!



Sejak puluhan tahun dahulu lagi PAS berpolitik dengan mengeluarkan kata-kata nista dan dusta dengan menyangkal apa sahaja yang kerajaan memerintah cuba lakukan adalah FITNAH , adalah hanya untuk memenangi hati rakyat . 

PAS sering menyatakan bahawa UMNO sebuah kerajaan yang zalim , persoalanya adalah DIMANA KEZALIMAN KERAJAAN UMNO seperti mana yang diperkatakan oleh PAS? . 

Memang benar UMNO masih perlu banyak diperbaiki dan mengakui bahawa banyak kelemahan dan memerlukan perubahan bagi memastikan bahawa UMNO masih lagi relevan dimata rakyat. Namun itu bukan lah kayu pengukur kepada PAS utk menyatakan bahawa UMNO itu Kafir , UMNO itu menolak Agama dan pelbagai lagi kata-kata yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada UMNO . 

Bagaimana pula pandangan agama berkenaan dengan soal DOA KEHANCURAN PAS. ? 

Persoalan yang mula-mula yang perlu ditanya kepada pemimpin PAS adalah , adakah setiap ahli UMNO telah menzalimi PAS , Adakah semua ahli UMNO mendoakan kehancuran kepada PAS ? Sedangkan PAS telah mendoakan secara UMUM kepada setiap ahli UMNO , yanag mana doa mereka berbunyi " HANCURKAN UMNO ..KO BN ...KO BN". 

Sebaliknya kini pemimpin UMNO yang dipimpin oleh Dato'Seri Najib telah mendoakan mereka , agar diberikan petunjuk oleh Allah S.W.T agar mereka sedar daripada kesilapan mereka dan kelemahan mereka sendiri.

Mengambil kepada cara PAS mempolitikan agama dengan menggunakan Hadith Said bin Zaid sebagai nas atau panduan doa apa yang tertulis didalamnya . Inilah pembuktian kesesatan PAS selama mereka berada didalam arena politik pembangkan tanahair. 

Menurut Ahli Umno Bahagian Arau , Ustaz Fathul Bari , bagaimana garis panduan untuk mendoakan kehancuran dan kezaliman harus lah PASTI dan BERBUKTI , ke-2 doa tersebut haruslah mempunyai perkataan SEKIRANYA yang merujuk kepada doa PAS yang boleh dianggap sebagai doa kehancuran yang sia-sia. 

PAS ternyata parti yang lemah dalam memperjuangkan pelaksanaan hukum hudud walaupun sudah hampir 22 tahun memerintah Kelantan. PAS nak buat hudud UMNO sambut baik sebab itu hukum Allah yang wajib diyakini dan ditaati, tapi hingga kini mereka masih belum dapat laksanakannya di Kelantan. 

Secara tidak langsung telah membuktikan bahawa PAS masih belum layak dan tidak mampu untuk melaksanakan HUKUM HUDU. Sedangkan didalam soal Agama Islam yang asas juga PAS masih lagi tidak melaksanakan dengan betul . 






Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: