.

HARUS BACA !!! MAMPUKAH MENGUBAH PERLEMBAGAAN !!!!!




Mampukah Pas berhadapan dengan PKR dan DAP untuk mengubah Perlembagaan Malaysia menjadi lebih Islamik memandangkan dua rakan sekutunya berusaha menjadikan Perlembagaan Malaysia menjadi lebih liberal dan sekular, jika berjaya menawan Putrajaya.

Pertanyaan ini dibuat berasaskan kenyataan Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh, Setiausaha Majlis Syura Pas mendakwa jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, Pas akan mengubah Perlembagaan Malaysia berpaksi kepada Islam sepenuhnya

“Jadi sekarang ini, kita nak balik (kepada agama) supaya negara kita beramal dengan Islam secara keseluruhan dan amalan Islam ini sama sekali tidak bercanggah dengan orang bukan Islam,” kata beliau kepada Antarapos.

“(Perlembagaan) .. sebut Islam sebagai agama rasmi, bukan Islam (sebagai) Perlembagaan negara. Dia ada beza. Kalau diletakkan Islam dalam Perlembagaan negara, maka Islam akan diamalkan secara total.

“Tapi kalau sekadar Islam sebagai agama rasmi, kita lihat sebagaimana hari ini… sembahyang, puasa pun tak ada undang-undang,” dakwa beliau.

“Jadi ini (Perlembagaan dan undang-undang) adalah satu perkara yang perlu kena buat perubahan,” kata beliau.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menafikan parti itu berhasrat untuk meminda Perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru daripada Nik Mohd Zawawi membayangkan perselisihan yang semakin ketara di antara Majlis Syura dan Abdul Hadi susulan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Namun, dalam isu kalimah Allah, Pas masih gagal mengubah status quo keputusan Pakatan Rakyat 8 Januari, apabila Abdul Hadi tidak bersedia membawa keputusan Majlis Syura, 13 Januari untuk dinilai semula dalam mesyuarat Pakatan.

Dalam sidang media terbaru semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta semua pihak terutama Majlis Syura Ulama Pas agar menghormati pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah.

Pada 8 Januari, Karpal berkata Pakatan Rakyat menetapkan bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, sekali gus menyahut desakan Setiausaha Agung Lim Guan Eng yang mahu kalimah itu digunakan dalam Bible bahasa Melayu.

Karpal turut mendakwa Majlis Syura Ulama Pas adalah ‘satu bahagian kecil’ dan harus mengikut ketetapan Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Persoalan tentang kalimah Allah merupakan serpihan kecil daripada isu Negara Islam dan hudud yang menjadi pertikaian di antara Pas, DAP dan PKR.

Sepatutnya, persoalan ini telah selesai dan tidak perlu berbangkit lagi kerana pada 18 Disember 2009, Pas, DAP dan PKR telah menandatangani ‘perjanjian sulit‘ yang disepakati bersama di mana Pas bersetuju menggugurkan slogan Negara Islam, hudud yang menjadi roh parti mereka serta turut bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Perjanjian sulit 2009 itu diwakili oleh Presiden Pas, Abdul Hadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun telah terdapat ‘perjanjian sulit 2009′, namun Anwar, selaku Ketua Pakatan sering diajukan persoalan itu ketika mengadakan dialog dengan masyarakat bukan Islam.

“Orang nak cakap, nak kemukakan, kemukakanlah. Tetapi dua prinsip yang saya nak bagitahu kawan-kawan Cina kita.

“Satu, keputusan apa pun dalam Pakatan Rakyat mesti konsensus (keputusan dipersetujui bersama). Tak ada konsensus, tak adalah.

“Selama ini, saya pengerusikan hampir semua mesyuarat. Jadi, ini tidak berbangkit. Tidak ada konsensus tidak ada dalam Pakatan Rakyat.

“Keduanya, kita sebut Perlembagaan Negara itu ‘paramount’ (agung). Perlembagaan Negara itu ‘supreme‘ (tertinggi),” kata Anwar ketika mengadakan dialog bersama pemimpin masyarakat Cina di
Subang Jaya pada 8 November 2011.

Dalam dialog itu, Anwar menjelaskan beliau sering ditanya kemampuannya sebagai Ketua Pakatan untuk mengawal Pas daripada terus membangkitkan persoalan Negara Islam dan hudud

“Mereka lahirkan kebimbangan. Dia sokong kita tapi dia mula persoalkan kita, “Adakah awak pasti, awak mampu mendisiplinkan mereka (Pas). Tolong jangan kejadian sama berulang”.

Saya bawa concern (kebimbangan) itu kepada pemimpin Keadilan, DAP dan juga Pas, supaya hal-hal yang sedemikian tidak berulang,” kata Anwar.

Menurutnya lagi pendirian PKR dan Pakatan adalah berasaskan Perlembagaan negara.

“Ada orang tanya saya, kawan-kawan saya Cina tanya, “Anwar nampak sokong Hudud.” You see that, orang tanya saya. “Do you support (Hudud)?.”

“Keadilan punya pendirian ialah bahawa Perlembagaan, okay”.

“Pakatan Rakyat?”. “Pakatan Rakyat kita bincang Perlembagaan, okay,” katanya lagi.

AIDCNews – 18/02/13 – 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: