.

KESIAN !!!!!TETAP PERTAHAN SAHABAT DEMI KERUSI PM!!!


Pengerusi Dap Karpal Singh sekali lagi mengulangi pendirian beliau bahawa hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim paling layak menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Dalam sidang akhbarnya di Georgetown, Pulau Pinang, beliau menegaskan bahawa Anwar adalah pilihan Dap dan menganggap pendirian Dap itu turut mendapat sokongan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau menegaskan bahawa dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar dan seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang untuk menduduki kerusi tersebut hanya lah spekulasi. Pendirian Karpal ini menimbulkan banyak persoalan dan keraguan terutama di pihak Pas yang sehingga kini masih belum membuat sebarang keputusan tentang siapa yang layak menduduki jawatan tertinggi itu walaupun sebelum ini terdapat desakan di peringkat akar umbi yang mahu Pas bertegas inginkan presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memegang jawatan tersebut.

 Berdasarkan beberapa perkembangan terbaru yang berlaku dalam Pas dan percanggahan pendapat serta pandangan antara parti itu dengan Dap dalam beberapa isu membabitkan kepentingan Islam dan Melayu, usaha Dap untuk mengetengahkan Anwar dianggap sebagai satu percaturan yang boleh menghancurkan kerjasama parti itu dengan Pas kerana dalam Pas sendiri sudah mula wujud gerakan untuk menolak Anwar.

 Malah pendirian Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR itu dalam isu membabitkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu dilihat lebih condong kepada kehendak Dap semata-mata kerana terdesak untuk mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu sedangkan hakikatnya, Dap pula mempergunakan Anwar untuk mendapatkan sebanyak mungkin sokongan pengundi Melayu. Dalam soal ini Pas juga tahu dan sedar bahawa dalam banyak perkara kedua-dua parti itu tidak pernah mencapai kata sepakat atau bersependapat.

 Cuma kebelakangan ini Pas mula lantang mempertahankan agenda perjuangan mereka itu pun setelah menerima tekanan dan desakan daripada penyokong akar umbi dan golongan ulama yang mahu parti itu lebih bertegas dalam isu-isu membabitkan kepentingan Islam. Pas tidak perlu mempertahankan Dap semata-mata atas dasar kepentingan untuk berkuasa dan menumbangkan kerajaan barisan nasional (BN) dengan menutup mata dan telinga terhadap tindak tanduk pemimpin-pemimpin parti itu yang terang lagi bersuluh sering memperlekeh sensitiviti umat Islam dan orang Melayu.

 Tindakan Dap mempertahankan Anwar walaupun ada di kalangan pemimpin Dap sendiri yang cukup kenal siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, jelas menunjukkan bahawa Dap mahupun PKR terutamanya Anwar sendiri saling memperguna antara satu sama lain untuk kepentingan mereka yang berbeza. Sebagai rakan dalam pakatan pembangkang, Pas yang menjadikan agama Islam sebagai asas perjuangan, tidak sepatutnya termasuk dalam perangkap Dap mahupun PKR kerana seperti yang dijelaskan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, orang Melayu dan umat Islam perlu mengelak untuk ditipu oleh Dap kononnya mahu menjaga kebajikan orang Melayu dan mereka bukannya anti-Islam. Malah, beliau turut membayangkan agama Islam dan orang Melayu di negara ini akan porak-peranda sekiranya diperintah Dap yang tidak pernah menghormati sentimen penganut agama Islam dengan memberikan contoh apa yang telah dilakukan oleh Pengerusi Dap Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng. 

Kenyataan kedua-dua pemimpin Dap itu bukan sahaja satu bentuk provokasi terhadap penganut agama Islam di negara ini tetapi juga menggambarkan sikap dan pendirian sebenar mereka dalam isu membabitkan kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.

SUMBER : MALAYSIAAKTIF
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: