.

BREAKING NEWS !!!! HARAM:-SERTAI PAS !!!


Maruah DAP kini tercalar apabila Register Of Societies (ROS) bakal mengharamkan parti politik komunis tersebut , sama seperti UMNO diharamkan dahulu. 

Didalam isu pengharaman DAP daripada sebuah parti yang kononya gah dengan pelbagai janji dan menifesto yang telah dilaksanakan di Pulau Pinang, rupe-rupenya TERBUKTI sebuah parti yang tidak mengamalkan sistem demokrasi seperti mana yang telah dilaksanakan oleh UMNO sekian lama dahulu. 

Perkara ini jelas terbukti apabila CEC yang berlangsung adalah tidak mengikut tatacara dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuahan (ROS). Kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Didalam isu ini, DAP bakal menghadapi masalah besar apabila telah SAH di haramkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS) melalui arahan peruntukan undang-undang Pendaftar Pertubuhan. 

Antara masalah yang dihadapi oleh DAP adalah kehilangan kawasan parlimen dan DUN di Negeri mereka sendiri secara automatik selepas pengumuman DAP telah di HARAMKAN menurut sisi undang-undang sah Pendataran Pertubuhan . 

Ini membawa maksud bahawa DAP diharamkan juga untuk bertanding didalam PRU-13 akan datang sekaligus akan bertanding diatas tiket sebuah parti BEBAS. Perkara ini telah dirasai oleh rakan tahluf siaysinya iaitu PAS. Hubungan akrab yang terjalin diantara 3 parti politik pembangkang, benar-benar akan memerangkap PAS kerana dalam keadaan terpaksa, untuk menerima ahli DAP adalah sebagai ahli dan calon yang bakal dipertandingkan didalam PRU akan datang.

bagi mengekalkan perjuangan DAP yang sudah terang-terang ANTI-ISLAM<MELAYU , sudah pasti DAP akan bergadung dengan PAS demi meneruskan perjuangan mereka yang telah ditetapkan. Apakah PAS tidak sedar bahawa perkara ini akan berlaku?

Jika dilihat dari satu sudut hubungan yang telah mereka persetujui mengikut fomulasi "Tahluf-Siyasi " DAP tidak akan dibuang begitu sahaja daripada perjanjian 3 parti politik yang berbeza perjuangan asal parti mereka. Jika ini berlaku, bermakna PakatanRakyat ketika ini semakin menghampiri garisan MERAH,iaitu garisan pemutus bila mana DAP tidak diterima didalam PAS, sebaliknya Anwar Ibrahim pula pasti akan berbunyi dan mengarahkan Ustaz hadi Awang yang setia dan tolol untuk menerima DAP untukmenyetai PAS.
"Kami rela disiasat dan ini merupakan komplot politik untuk mengharamkan DAP. Jika simbol roket (DAP) diharamkan, mungkin calon terpaksa memilih alternatif lain sebagai anggota bebas, atau pakai simbol Pas dan PKR."


Kenyataan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 23 Mac 2013 di atas seakan cuba memberi gambaran dan persepsi negatif kononnya siasatan yang sedang dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) tika ini bertujuan untuk mengharamkan DAP.

Walhal kebenarannya, siasatan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) dilakukan setelah mengambil kira aduan yang dibuat oleh ahli seumur hidup DAP iaitu Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass.

Selain David, seorang lagi ahli parti yang turut melaporkan kepincangan dalam pemilihan CEC DAP yang berlangsung Disember tahun lepas kepada ROS ialah Mahendran Krishnan, Setiausaha untuk cawangan yang sama.

Kedua-dua mereka bukannya ahli UMNO atau mana-mana komponen BN, bukan juga baru sehari dua menjadi ahli DAP tetapi sudah bertahun-tahun bergelumang jatuh bangun dalam parti paling rasis atas dunia itu. 

Laporan dan aduan oleh pemimpin Cawangan DAP Cawangan Ladang Paroi itu hanyalah rentetan daripada ketidakpuasan hati mereka dengan perjalanan pemilihan DAP setelah calon yang gagal iaitu Zairil Khir Johari Abdullah (Christopher Ross Lim) tiba-tiba sahaja diubah kedudukannya menjadi ahli CEC yang kononnya dipilih. 

Soal komplot atau konspirasi politik sebenarnya langsung tidak wujud, malah kemungkinan DAP akan digantung atau diharamkan juga tidak timbul memandangkan sehingga sekarang siasatan belum pun selesai sebaliknya tergantung disebabkan keengganan pemimpin DAP memberi kerjasama.

Pengerusi ROS, Datuk Abdul Rahman Othman sehari dua lepas menjelaskan pihaknya menghadapi kesukaran menyiasat kes ini berikutan tindakan seorang pemimpin tertinggi DAP sering memberi alasan ketiadaan masa bila mana di minta memberi keterangan.


Dengan keadaan demikian, mana mungkin ROS telah membuat keputusan, kecuali hakikat sebenarnya Kit Siang sengaja memainkan isu yang tidak wujud semata-mata untuk memancing simpati umum sambil menimbulkan persepsi salah terhadap kredibiliti ROS.

Setakat yang diketahui umum hanya dua parti yang pernah dibatalkan pendaftarannya iaitu UMNO pada tahun 1988 diikuti SNAP pada tahun 2002 dan kedua-duanya komponen BN. Ini jelas membuktikan ROS atau pihak yang lebih tinggi misalnya Mahkamah bukannya alat kepada Kerajaan Pusat pimpinan BN.

Justeru itu, Kit Siang atau mana-mana pemimpin DAP tidaklah perlu takut akan bayang-bayang sendiri. Jika DAP merasakan pemilihan CEC tempohari telus dan adil tanpa penyelewengan, mengapa tidak segera memberi kerjasama menjayakan siasatan ROS supaya ahli-ahli DAP tidak dibelenggu tanda tanya.

Ini tidak, belum apa-apa Kit Siang dah memulakan propaganda kosong menyalahkan orang lain semata-mata untuk mengelakkan pandangan serong terhadap parti pimpinannya yang bermasalah. Sendiri menari tunggang terbalik disalahkan lantai yang terjongkang jongkit


SUMBER : MALAYSIA INSTINCT 


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: