.

HARUS BACA !!!!! 2 JAM MENJADI TAHANAN PENGGANAS SULU !!!


Berhubung statistik terkini Operasi Daulat, beliau berkata sehingga kini 408 orang ditahan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah pengganas yang ditembak mati kekal 63 orang.
Katanya sejumlah 38 mayat berjaya dikeluarkan dari kawasan operasi termasuk lapan yang dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu semalam dan sedang melalui proses bedah siasat di Hospital Lahad Datu.
Berkenaan kejadian di Kembara Sakti semalam, Khalid berkata jumlah pasukan keselamatan di perkampungan itu kini ditambah bagi memberi keyakinan kepada penduduk untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
"Tidak ada sebab untuk mereka merasa takut dan saya nasihatkan semua ahli masyarakat, penduduk dan pekerja ladang di Kembara Sakti supaya kembali ke rumah masing-masing kerana pasukan keselamatan sentiasa melindungi mereka," katanya.
Beliau berkata siasatan awal polis mendapati perkara itu hanya satu khabar angin yang diperbesar-besarkan sehingga mendatangkan kerisauan kepada penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di kampung Kembara Sakti dilapor bertindak berpindah ke sekolah agama serta masjid berdekatan selepas seorang suri rumah mendakwa dia yang bersendirian di rumahnya didatangi empat pengganas yang kelaparan dan mengikat kedua-dua kaki dan tangannya selama 2jam.
Wanita itu bagaimanapun dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan.

PS : Operasi Daulat kini masih lagi diteruskan bagi memastikan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti oleh Pasukan keselamatan berisiko. Namun yang pasti kerja-kerja pembersihan perlulah dilakukan dengan penuh berhati-hati kerana dikhuartiri pihak penceroboh bertindak diluar pemikiran pasukan keselamatan termasukan membuat serangan hendap terhadap pasukan keselamatan yang sedang menjalankan tugas-tugas negara.
Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia khususnya di Sabah perlu memberi keerja sama kepada pihak keselamatan negara bagi memastikan tugas mereka berjalan dengan baik serta dapat menjadi keselamatan mereka dari ancaman musuh negara.  




Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: