.

HARUS BACA!!!! IRC ADALAH PUNCA PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!!!



Pihak pembangkang seolah-olah tidak menghormati Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI) apabila pantas menjatuhkan hukuman bersalah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di negeri itu.


Dalam satu forum “mahkamah rakyat" anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang malam ini, mereka turut menyalahkan isu kad pengenalan sebagai punca berlakunya insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang juga penganjur program itu turut menuduh para pengganas Sulu yang menceroboh Sabah mempunyai kad pengenalan dan ada di antaranya adalah bekas pegawai daerah di negeri itu.

Jelas dan nyata bahawa Pakatan Pembangkang tidak menghormati langsung pendirian kerajaan bagi menyelesaikan masalah RCI SABAH walau pun persetujuan telah dibuat untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah.

Mengapa kerajaan perlu dipersalahkan didalam isu pencerobohan Lahad Datu dan dikaitkan pula dengan isu RCI? 

Nampak sangat puak-puak pembangkang ni kurangnya ilmu sejarah Malaysia terutama sekali migarasi rakyat filipina dan beberapa lagi gagasan filipina yang berhijrah ke Sabah. 

Dan nampak sangat jugak lah si Chegu Bardviser ni bengap dari sudut mencari fakta sebenar mengapa pencerobohan di Lahad Datu berlaku selepas Anwar bertermu dengan ketua militan MNLF Dr.Misuari.

Secara jelasnya kini Chegu bardviser ni sudah tiada modal untuk belasah kerajaan. Bola dah tak ada modal tu biasala protes la benda yang bukan-bukan.Sama la mcm Tian Chua pun mengaku diri rakyat Malaysia, cakap bahasa Malaysia pun tunggang terbalik.

Hormat la apa yang kerajaan cuba selesaikan dengan cara yang terbaik agar semua pihak merasakan bahawa kerajaan tidak ada dasar pilihkasih , rasuah dan sebagainya. Malah mereka-mereka yang terlibat juga didalam pemalsuan ini juga akan menerima hukuman mereka walaupun diusia senja.

  





Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment