.

HARUS BACA !!!!! VAT-69 KECAM SIKAP AHLI POLITIK TIADA HATI PERUT !!!!!


Mengapa kita sebagai hamba Allah harus mengikuti segala bisikan Iblis yang cuba menyesatkan kita? Sedangkan kita sendiri lupa bersyukur di atas nikmat Allah, atas kurniaNya menjadikan negara kita ini aman dan makmur.

Lupakah kita bahawa apa yang kita rasai hari ini adalah atas kurniaNya? Lupakah kita bahawa segala yang kita miliki ini hanya sementara? Lupakah kita bahawa kesenangan yg kita kecapi hari ini, adalah diatas darah & air mata Pasukan Keselamatan kita?

Mengapa pula kita setelah diberi nikmat mempunyai negara yang begitu aman damai dan rakyatnya yang bersatu harus bersengketa dan cuba pula menghancurkan segala kurniaNya tanpa kita sedari? Mengapakah kita harus Ingkar dan tidak mengikuti petunjuk kalamNya dengan dengki atas kurniaNya? 

Mengapa kita perlu merendah2kan, mencaci & menghina Pasukan Keselamatan kita, sedangkan kita hanya tahu melontarkan komen2 'kurang ajar' dengan hanya bermodalkan air liur basi? 

Tak habis-habis segelintir mereka yg berakal kontot ini cuba menarik perhatian rakyat yg terus memberikan perhatian dan simpati terhadap tragedi berdarah yang telah mengorbankan 10 orang perwira negara itu supaya membenci Pasukan Keselamatan.
Sandiwara, konspirasi, kematian polis dan tentera di Sabah tidak syahid dan berbagai-bagai lagi kenyataan bodah lagi biadap telah dikeluarkan mereka, yang bertujuan untuk menghina dan merosakkan intergriti pasukan beruniform itu.

Perjuangan seperti apa yang patut dikatakan tidak sia-sia? adakah Komunis itu perjuangan Mereka benar ? Bunuh orang juga jadinya. Cuba kita fikir satu perkara sekiranya pihak pasukan keselamatan negara SIMPAN TANGAN dalam apa yang terjadi kepada Lahad Datu? Adakah rakyat dan pemimpin pembangkang akan berpuas hati dengan tindakan pihak pasukan keselamatan. 

Apabila terbaca semula artikal-artikal yang pernah keluar dari laman blog talkwithhand, menyakitkan hati penulis.

Sudah2lah tuu ... Bersatulah! wahai bangsaku ... Buta mata tak mengapa .... Jangan buta hati & buta perut ...

Ehsan-PDRM /VAT-69 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: