.

BREAKING NEWS !!!! LAHAD DATU : KETUA PERANCANG SERANGAN DITANGKAP !!!!!



KUALA LUMPUR 7 April - Seorang lelaki berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas Kiram dan merupakan individu paling dikehendaki kerana merancang serangan sehingga mengorbankan enam anggota polis di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu, berjaya ditangkap pasukan keselamatan awal pagi ini.

Sumber memberitahu, lelaki berusia 50-an itu ditangkap bersama seorang lagi orang kanannya ketika mereka sedang tidur di sebuah rumah yang dijadikan tempat persembunyian di Pulau Bum Bum, Semporna pada kira-kira pukul 5 pagi.

"Pasukan keselamatan percaya suspek merupakan individu terpenting yang bertanggungjawab merancang serang hendap pada bulan lalu yang telah mengorbankan enam anggota polis.

"Dia juga disahkan terlibat sama dalam insiden menyerang dan membunuh kejam pegawai dan anggota polis di Kampung Simunul," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber lagi, penangkapan panglima bersama orang kanannya itu dijangka dapat mendedahkan nama-nama anggota pengganas lain dan lokasi mereka menyembunyikan senjata yang digunakan dalam insiden serangan tersebut.

Beliau berkata, terdapat beberapa lagi individu penting yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Kiram telah dikenal pasti dan masih diburu.

Katanya, tangkapan terbaharu pagi ini dipercayai memudahkan lagi pasukan keselamatan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi persembunyian saki-baki anggota pengganas berkenaan.

"Kedua-dua suspek diberkas dalam operasi menjejaki yang dijalankan secara bersepadu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)," katanya.

Semalam, seorang pengikut setia parti pembangkang yang terkenal di Sabah ditangkap di pekan Semporna.

Selain itu, tiga tangkapan turut berjaya dilakukan di Melaka baru-baru ini melibatkan saudara terdekat kumpulan pengganas.

Mereka ditangkap kerana dikesan ada membuat panggilan telefon dengan salah seorang pemimpin kumpulan pengganas Kiram.

SUMBER :- KELAB PENYOKONG PDRM
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: