.

EDISI PRU-13 !!!!! KERANA TIDAK TERPILIH ISYTIHAR PERANG !!!!


3 Ahli Veteran Barisan Nasional Pulau Pinang berang apabila nama mereka tidak tersenarai didalam senarai calon yang telah diumumkan oleh pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang semalam telah terlanjur kata dengan mengisytiharkan PERANG terhadap Barisan Nasional Pulau Pinang didalam PRU-13 kali ini. 


Ini lah masalah KESETIAAN didalam perjuangan Barisan Nasional dikalangan ahli parti. Sejak dari dulu seolah-olah perkara ini sudah menjadi satu fenomena WAJIB apabila setiap kali PRU menjelang. Seharusnya perkara seperti ini sudah tidak perlu berlaku lagi dikalangan ahli parti. Sumpah setia terlafaz sewaktu perhimpunan agong umno, tetapi kemana pergi semua sumpah setia kepada parti? 

Apabila mengambil pendekatan untuk bertanding dibawah parti bebas iaittu individu , ini serba sedikit akan memberikan kesan kepada undi Barisan Nasional. Alangkah baiknya sekiranya mereka bertiga ini bertanding bebas dengan tikert Barisan Nasional paling tidak dpat membantu kearah kemenangan parti Barisan Nasional. Tetapi alangkah malangnya sekiranya ianya bertentangan dan sebaliknya hanya akan mengundang kepada jumlah "undi rosak" bertambah ataupun BEBAS bertanding dengan menggunakan tiket pembangkang.

Seharusnya ahli parti yang tidak tersenarai perlu bersikap positif dngan keputusan yang telah pun dibuat oleh pengerusi Barisan Nasional iaitu Dato Seri Najib yang memikirkan keperluan mengikut arus kehendak rakyat hari ini serta bertindak sebagai salah satu saluran gerak saraf bagi memenangi undi muda.Tindakan menentang ini amatlah tidak wajar dibuat krana ianya hanya akan mengundang kepada perkara keburukan. 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: