.

EKSKLUSIF LAHAD DATU !!! PENGAJARAN BUAT ANAK-ANAK SABAH !!!!!


Malaysia sebuah Negara yang aman. Namun begitu ketua pemimpin parti pembangkang cukup tidak senang duduk melihat kemakmuran dan keamanan Negara kita kerana dikuasai nafsu dan kerakusan untuk kuasa dan pangkat. Tambahan pula beberapa buah Negara seperti Israel dan Singapura memberi dorongan yang cukup kuat kepada pemimpin pakatan haram ini untuk menghancurkan ketenteraman kita.

Maka bermulalah episode duka rakyat Negara kita. Pendaratan kumpulan militan dari selatan Filipina di pesisir pantai Lahad Datu, khasnya di Kampung Tanduo, pada 12 Februari lepas merentap kedamaian penduduk.

Kampung Tanduo dilingkari pokok-pokok renek,hutan, sungai dan kawasan berpaya serta menghadap laut didiami 12 keluarga, rata-ratabekerja sebagai nelayan dan pekerja ladang. Zon perang diistiharkan apabila sekumpulan lelaki asing berpakaian ala tentera dan bersenjata api mendarat pada hari Selasa, 12 Februari yang lepas.

Kedegilan kumpulan kira-kira 200 orang itu berundur dari Kampung Tanduo setelah diberi peluang, memaksa kerajaan melancarkan gerakan ofensif ke kubu penceroboh itu pada kira-kira 7 pagi, 5 Mac menggunakan tiga jet penyerang F/A 18D Hornet.

Gerakan ofensif Operasi Daulat itu diteruskan dengan lima pesawat Hawk melancarkan operasi pengeboman, diikuti ledakan bertalu-talu mortar 91mm pasukan tentera darat sebelum penggeledahan dilakukan untuk memburu saki-baki pengganas.

Ini diikuti dengan proses penggeledahan dan pembersihan yang panjang, Kampung Tanduo yang menjadi titik pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan akhirnya diisytihar bersih dan bebas daripada ancaman pada 11 Mac, sekaligus membawa khabar gembira kepada penghuninya yang terpaksa berpindah ke beberapa pusat petempatan sementara.

Kemusnahan akibat dari pertempuran tidak pernah membawa kebaikan. Kita semua harus ingat itu. kegembiraan penduduk untuk kembali ke rumah bertukar pilu apabila melihat sendiri kemusnahan yang dialami kampung mereka.

Kepulangan semula mereka ke rumah masing-masing Selasa lalu selepas 43 hari insiden pencerobohan disambut pemandangan menyayat hati menyaksikan ketenangan kampung yang dinikmati sebelum ini lenyap daripada pandangan dengan rumah-rumah dan harta benda musnah.

Kesan tembakan akibat pertempuran di semua rumah dan ada yang hanya tinggal tiang, atap atau serba tidak lengkap menjadi realiti yang terpaksa dihadapi oleh penduduk kampong.Disamping itu juga dokumen peribadi dan barangan nostalgia juga musnah begitu sahaja.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib kemudian mengumumkan Kampung Tanduo akan ditutup serta tidak lagi menjadi kawasan petempatan dan penduduk yang kini menghuni pusat pemindahan sementara akan dipindahkan ke satu lokasi baharu akibat dari kerosakan teruk yang dialami oleh kampong Tanduo. Insyaallah hikmah disebalik musibah ini maka pihak berkuasa boleh menyusun semula penduduk kampung itu yang sebelum ini tinggal secara berselerak di satu kawasan penempatan baharu yang lebih kondusif di atas tanah kerajaan seluas 120 hektar.

Nasib rakyat masih terbela kerana adanya kerajaan Barisan Nasional yang menerajui Negara maka semua yang terlibat akan ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat Masej Nala, kira-kira 60 kilometer dari kampung itu sebelum penempatan baru disiapkan.

Keputusan itu amat tepat, sekali gus mengembalikan keyakinan mereka untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa dan menyusun komuniti bagi membenteras musuh dalam selimut.Lokasi kampung Tanduo yang agak jauh dan terasing daripada masyarakat memungkinkan pelbagai kejadian jenayah selain mudah terdedah kepada ancaman pengganas, khususnya dari laut.

Rakyat Malaysia mendapat pengajaran yang cukup mahal dari pencerobohan ini. Kedaulatan , kemakmuran dan kesejahteraan Negara merupakan eleman penting dalam kehidupan yang mana generasi pakatan haram telah terlepas pandang. Semoga pengikut pakatan haram insaf dan pulang ke pangkal jalan.


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: