.

GEMPAR !!!!! VOTE FOR CHINA DOLL !!!


Sejak dulu lagi bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ada sesetengah ulama, cendekiawan Islam dan tok guru pondok menyuarakan sokongan masing-masing dan turut berkempen untuk parti politik tertentu.

Biasanya PAS yang sering menjadi pilihan mereka disebabkan tarikan perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan oleh parti berlabel Islam itu.

Tapi suasana sudah berubah, apabila golongan ini yang pernah dekat dengan PAS dulu, kini berubah arah apabila buat pertama kalinya bersatu suara dan senada pandangannya dalam gerakan besar-besaran bagi menghalang pakatan DAP, PKR dan PAS.

Gerakan ini dapat dilihat jelas apabila Persidangan Ulama-Ulama Bersama Kepimpinan Pondok-Pondok / Sekolah Agama Rakyat / Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung selama tiga hari berakhir 8 April 2013, telah membuat satu deklarasi bahawa adalah haram mengundi PKR, PAS dan DAP.

Persidangan yang diadakan di Gurun, Kedah itu dihadiri seramai 150 orang tokoh ulama dan tok guru pondok dari seluruh negara itu sependapat bahawa ketiga-tiga parti dalam PR itu telah dengan sengaja menyokong pluralisme agama dengan menyekutukan Allah S.W.T.

Mereka juga mengecam kenyataan pemimpin-pemimpin PR yang terus menerus menyokong penggunaan kalimah suci Allah S.W.T oleh agama lain khususnya untuk dinukilkan dalam kitab Bible, yang dianggap umpama satu perbuatan jenayah yang paling besar ke atas agama Islam.

Membenarkan kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible samalah seperti menyamatarafkan Keesaan Allah S.W.T dengan konsep triniti Kristian dan ia seolah-olah meletakkan agama lain juga tidak ada bezanya dengan kesucian agama Islam. 

Perjuangan PKR, PAS dan DAP ternyata bukan sahaja telah menyalahi nas daripada kitab-kitab Ulama Ahlusunnah Waljamaah yang muktabar malahan bertentangan dengan ajaran Islam serta sesat lagi menyesatkan. 

Bersandarkan hujah-hujah tersebut, para ulama dan tok guru pondok seluruh negara sepakat dan berkongsi pandangan bahawa adalah haram bagi umat Islam bersekongkol atau menyokong mana-mana parti dalam gabungan PR.

Dengan wujudnya deklarasi bersejarah ini bermakna buat pertama kalinya PAS selaku sebahagian dari PR secara rasminya hilang satu lagi akar kekuatannya apabila golongan ulama, cendekiawan Islam dan tok guru pondok semakin menjauhkan diri dari PAS.

Sumber:mymedialab


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Karimxdaud Ibnu Sood said...


Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...