.

HARUS BACA !!!! HAK MELAYU MUSNAH JIKA SALAH UNDI !!!

MELAYU PUNCA MELAYU HILANG KUASA !!!!!

TWH sangat menyokong statement tersebut. Siapa lagi yang boleh memperthankan HAK MELAYU sekiranya bukan MELAYU sendiri yang menjaga HAK MELAYU . 

Jika diluar negara atau jika kita buat perbandingan permainan politik di negara-negara yang jauh lebih hebat politik mereka jika berbanding dengan negara kita, apabila sesuatu perkara yang telah termaktub didalam perlembagaan mereka, contohnya HAK sesuatu bangsa, mereka tidak akan berani mempertikaikan hak tersebut. 

Tetapi berlainan pula corak permainan politik di Malaysia ketika ini. PRU-13 kali ini bakal menyaksikan sebuah senario yang tegang apabila sampai ke kemuncak ketika hari pembuangan undi nanti. PAS dengan calon mereka masih lagi MELAYU , PKR juga tidak kurang hebatnya (MASIH LAGI MELAYU) berlainan pula dengan DAP (SEBUAH PARTI ANTI MELAYU). 

Yang menjadi hairannya kini, PKR dan PAS tidaklah sebodoh manapun didalam membuat pilihan bagi menentukan nasib bangsa sendiri untuk masa depan. Tetapi agak pelik, kenapa sanggup membiarkan DAP yang tidak pernah dan tidak akan langsung menjadi parti yang mendominasi pakatan rakyat dengan jumlah pengikut dan penyokong tegar yang tidak berapa nak ramai jika dibandingkankan dengan PAS.

Ini lah dia as-bab dan punya Melayu kini sudah tidak bersatu. Tidak dapat dinafikan bukan nak kata UMNO adalah suci dari segala Dosa seperti mana statement pemimpin PAS pernah menyatakan undi PAS masuk syurga,tetapi jika difikirkan semula,apakah PakatanRakyat tidak melakukan perkara yang sama? Tepuk dada tanya lah selera. 

Barisan Nasional (BN) membariskan 33 peratus atau kira-kira sepertiga muka baru bagi calon kerusi parlimen dan 49 peratus atau hampir separuh bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana menteri merangkap pengerusi BN itu berkata ia bagi memenuhi kehendak dan harapan pengundi yang mahu melihat BN dan Umno bersedia melakukan perubahan.
Katanya wakil rakyat BN sedia ada yang berpengalaman juga turut dibariskan.
“Ini kerana imbangan antara muka baharu dan mereka yang berpengalaman amat penting sebab kita (BN) bukan sahaja perlu menampilkan pembaharuan, tetapi sebagai sebuah parti, dengan mandat baharu kelak, perlu mempunyai mereka yang mampu mentadbir dan ‘deliver” (melaksanakan) untuk rakyat.
“Kalau mereka yang menduduki kerajaan semuanya muka baharu dan tidak ada pengalaman langsung, ia akan membantutkan kemampuan kerajaan BN untuk penuhi harapan dan kehendak rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat watikah Pencalonan dan Aku janji BN kepada presiden-presiden parti komponen dan pengerusi-pengerusi perhubungan BN negeri di sini.
Najib menarik perhatian 91 peratus calon BN untuk kerusi parlimen memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma.
Beliau turut berkata 31 peratus calon parlimen BN itu terdiri daripada  profesional termasuk ahli akademik, doktor, peguam dan golongan ulama.
Didalam perihal pemilihan calon yang dibuat oleh Dato Seri Najib pada kali ini benar-benar menunjukan bahawa Barisan Nasional sedang melakukan perubahan yang mendadak dari segi pemilihan calon yang bakal diturunkan untuk dipertandingkan pada PRU-13 kali ini. Menyedari bahawa pertambahan undi muda yang mendadak , Dato Seri Najib mengambil langkah bijak apabila hampir separuh daripada pencalonan kali ini adalah dari golongan wajah baru dan berdarah muda.
Justeru itu rakyat Malaysia kini perlu berfikir semula,terutama sekali adalah bangsa Melayu. Mungkin ramai yang bakal menyifatkan TWH adalah bersifat rasis , tapi pada penulis , itu tidak menjadi batu penghalang utk terus menulis agar masa depan generasi TWH terbela dan terjamin. Usah fikir berapa ramai yang makan rasuah , berapa ramai pulak yang tak buat kerja, kita kena fikir apa pula kerja kita sebagai rakyat untuk negara. Jika kita pun sama seperti mana mereka yang pernah kita kutuk , kita caci , kita maki ,baik berhenti bercakap sebelum ada yang bermuka bengkak. 






Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: