.

HARUS BACA !!!! TOUGH FIGHT IN SHAH ALAM !!!



Calon  yang bakal bertanding menggunakan tiket  BN di Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin telah menerima tamparan hebat tidak sampai 24 jam setelah menerima watikah perlantikan calon dari pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 

Dalam dunia Siber klip video semasa beliau mempersendakan lagu UMNO sewaktu masih bersama PKR telah disebarkan secara meluas oleh para penyokong anti BN dan tindakan itu sememangnya sudah dijangka.
 
Dalam laporan portal MalaysiaInsider,  penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mula melakukan perang saraf dengan cuba mengatakan bahawa pengundi Shah Alam bakal menolak calon pilihan BN berkenaan.

 

Khalid juga mengambil kesempatan dengan mendakwa pemilihan Zulkifli mengambarkan bahawa UMNO Shah Alam terdesak untuk menampilkan calon sesuai untuk kerusi tersebut. Tindakan Khalis Samad yang menyerang Zulkifli menunjukkan beliau sebenarnya gentar dengan kehadiran bekas ahli Parlimen Bandar Baru Kulim itu.
 

Pertelingkahan antara  Khalid dan Zukifli suatu ketika pernah menjadi tumpuan media. Ini apabila Zukifli telah membuat laporan  polis terhadap Khalid  atas dakwaan menghina enakmen Selangor yang menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah
 

Zukifli telah dipecat oleh PKR ekoran kes tersebut. Namun Zulkifli dilaporkan oleh media tidak akan menggunakan isu agama untuk menagih sokongan para pengundi. Beliau tekad akan menjadikan  kemampuan BN menunaikan janji sebagai modal yang kukuh.
 

Persoalan sekarang bagaimana para pengundi Shah Alam yang rata-rata terdiri dari golongan Melayu profesional membuat pilihan?
 

Jika keputusan memihak kepada penyandang, BN harus meneliti kembali transformasi yang telah dibuat dan melakukan penambahbaikan secara berterusan.
 

Pastinya serangan demi serangan akan dijangka dibuat oleh kedua-dua pihak namun ia perlu dibuat secara berhemah agar bangsa Melayu yang menjadi majoriti tidak berpecah akibat perebutan kuasa ini.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: