.

TERBARU !!!!!! WAN AZIZAH KECEWA DIRINYA TIDAK DILANTIK MENJADI EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR !!!



Wan Azizah Wan Ismail yang kononya menyambut baik keputusan yang telah dibuat oleh Sultan Selangor bagi melantik Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 yang baru bagi mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas gagal menunjukan prestasi pentadbiran dan gagal mengekalkan sokongan terhadap dirinya sebagai Menteri Besar. 

Namun disaat akhir, PAS yang pada awalnya hanya menurut telunjuk pemimpin Pakatan Rakyat membuat U-TURN dengan ketegasan PAS menyatakan akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Diatas tindakan tersebut,ianya mengundang kepada ketegangan seketika didalam pentadbiran Pakatan Rakyat.


Akhirnya, didalam kesibukan menghadapai Pilihanraya Kecil DUN Pengkalan Kubor yang menyaksikan kemenangan mejoriti besar kepada Barisan Nasional,membuktikan bahawa suara PAS selama hari ini tergelam dan tidak dihirauka langsung oleh barisan pemimpin Pakatan Rakyat. Perkara ini jelas dirasai apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hadir disaat akhir hari berkempen di Pengkalan Kubor. Tidak seperti pilihanraya-pilihanraya kecil yang sebelum ini pernah berlangsung. Pemimpin Pakatan Rakyat akan turun sepanjang hari berkempen di kawasan pilihanraya berlangsung. Namun ianya tidak berlaku di Pengkalan Kubor. 

Benarkah Wan Azizah Menyambut baik perlantikan tersebut ? 

Secara jelas dan nyatanya adalah , Wan Azizah tidak hadir di dalam majlis Angkat Sumpah menteri Besar ke-15 bagi Negeri Selangor tersebut. Ini sudah cukup membuktikan bahawa Wan Azizah kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor. 

Ditambah pula Wan Azizah adalah salah seorang ADUN Kajang dan dirinya tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baru. Adakah ini dikatakan Wan Azizah gembira dengan perlantikan Azmin sebagai MB ke-15. 



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: