.

PANAS !!!! UMNO BERGOLAK !!!!!



ALIM MIM NUN WAU = UMNO. 

Kata Arwah P.Ramlee Alif , MIM , NUN , TENDANG WAU adalah sarkas. HAHAHAHAHA.... 

Kini apa lagi yang ingin diperjuangankan oleh Ahli UMNO yang setiap tahun melafazkan , lafaz ikrar kononya taat setia diatas nama perjuangan Bangsa Melayu. '

Jika dahulu sebut sahaja nama UMNO , bergegar rasa hati apabila melihat pemimpinya yang gah dengan perjuangan MELAYU. Tatapi kini nama UMNO seperti tidka bermakna lagi. 

TWH adalah generasi baru yang akan meneruskan perjuangan UMNO. Tetapi apabila melihatkan landscape pimpinan dalaman UMNO di peringkat Bahagian pun dah huru-hara walaupun pada zahirnya nampak tenang , sedangkan di dalamnya penuh dengan duri semalu yang halus dan tak nampak.

Ada yang merajuk kepada pemimpin , kerana tidak dapat diberikan projek. Sehingga sanggup mengkhianati perjuangan bangsa. Ada juga yang tergamak menjadi pembelot kepada perjuangan bangsa sehinggakan sanggup menggadaikan maruah perjuangan UMNO. 

Usah kita pertikai pemimpin mana didalam UMNO yang makan duit rasuah , makan duit rakyat , bazir duit duit rakyat. Kerana kita sedia maklum bahawa mereka yang menjadi pemimpin suatau hari nanti di akhirat kelak pastikan mendapat balasan. ITU PASTI.

Sebaliknya apa yang kita perlu tahu dan sedar , apakah kita sendiri telah melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan. Terutama sekali sebagai seorang yang beragama Islam. Apakah amal kita diterima Allah ? Adakah kita yakin bahawa kita akan masuk ke Syurga Allah? Adakah kita melakukan apa yang di suruh Allah dengan yakin tanpa ada rasa ragu? tepuk dada tanyalah iman dirimu wahai anak Melayu. 

Ini lah dia permainan politik dalaman UMNO peringkat bahagian. Walaupun sudah ada rombakan peringkat bahagian , tetapi ianya hanya lah diperingkat luaran, tidak secara dalaman. Sebagai contoh , Ketua Pemuda Bahagian tidak sebulu dengan Naib Pengerusi Umno Bahagian mcm tu la contohnya. Dalam satu organisasi terlalu banyak cabang kroni. Dia ni ikut orang ni ... dia tu ikut orang sini ... eh macam2 lah. 

Memang benar lah jika ada orang yang bukan dari kalangan kita menyatakan bahawa MELAYU = SARKAS , MELAYU = PHD , MELAYU = OTAK KAYU. Memang panas hati bila dengan perkataan begini , tetapi apakah kita sedar bahawa dimana LETAKNYA BANGSA MELAYU KETIKA INI.

Demi menyelamatkan Bangsa Melayu Beragama Islam , TWH berpendapat , PAS dan UMNO perlu bersatu semula bagi menjamin hak MELAYU tidak diragut dan diperkosa oleh bangsa asing. Antara mahu dengan tidak mahu , itu sahaja pilihanan yang MELAYU ada. Soal terlaksana atau tidak hukum hudud tersebut , telah menajdi soal kedua , yang utamanya adalah satukan dahulu bangsa Melayu yang telah lama seperti retak nantikan belah. 



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: