.

HARUS BACA !!!! MENGAPA PERLU ADA PTPTN !!!!


Kini sudah ada sebuah dana baru untuk memastikan golongan yang layak tetapi miskin dan kurang bernasib baik untuk mereka melanjutkan pelajaran mereka kepringkat yang lebih tinggi. 

Ini adalah sebuah perkembangan yang positif yang dibawa oleh kerajaan Malaysia untuk memastikan setiap golongan dapat melanjutkan pelajaran kepada yang lebih tinggi walaupun menghdapai kekangan hidup seperti kemiskinan dan kurang bernasib baik .

Dana yang diuruskan oleh PTPTN itu mampu untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. BPM1M merupakan inisiatif penjanaan dana menerusi sumbangan organisasi, syarikat dan individu bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan pelajar miskin yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, soal penubuhan tabung dana bukan sesuatu yang baharu dalam sektor pengajian tinggi kerana terdapat banyak alumni serta syarikat yang menderma kepada IPT masing masing.
"Kita mahu perkara ini diperluaskan kepada institusi seperti PTPTN yang diwujudkan khusus untuk membiayai pendidikan pelajar.
"Kerajaan memberi sokongan menerusi potongan cukai sebanyak dua kali mulai tahun taksiran cukai 2012 kepada mana-mana organisasi atau individu yang menderma kepada tabung ini.
"Menerusi tabung ini, pelajar miskin dan kurang bernasib baik tidak perlu membuat pinjaman yang banyak daripada PTPTN kerana sebahagian daripada pembiayaan pengajian mereka akan ditanggung," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Pembayaran Balik Pembiayaan Kepada Penerima Kelas Pertama Peminjam PTPTN dan Penyampaian Hadiah Simpanan Bonanza! SSPN-i di sini semalam.
SUMBER : KOSMO
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: