.

HARUS BACA !!!!! PENINGKATAN KUALITI PEMBELAJARAN !!!!!


Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengemukakan 15 resolusi kepada kerajaan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran, termasuk penambahbaikan segera kelemahan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 

Permintaan lain ialah menggubal segera jadual gaji baru pegawai perkhidmatan pendidikan dan dilaksanakan pada Januari depan dan mengehadkan 1,000 pelajar di setiap sekolah. 



Kesatuan juga meminta kepemimpinan pengurusan serta pentadbiran peringkat kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah dan sekolah mesti mempunyai latar belakang pendidikan dan perguruan. 


Resolusi diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Presiden NUTP, Hashim Adnan, bersama barisan kepemimpinan tertingginya pada majlis dihadiri 5,000 ahli kesatuan semalam yang turut berikrar melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab. 

Menurut resolusi itu, kelemahan PBS perlu diperbaiki kerana ia antara isu utama guru dan dianggap membebankan, manakala cadangan mengehadkan jumlah pelajar bagi membolehkan kawalan kualiti pelajar serta guru secara berkesan oleh pentadbir sekolah. 

Laksana segera peraturan 

Kementerian juga diminta melaksanakan segera peraturan yang sudah dipinda bagi memantapkan disiplin pelajar sekolah dengan jelas dan tepat. 
Muhyiddin dalam ucapannya menyifatkan resolusi khas itu sebagai penting dan memberi jaminan kementerian akan berbincang dengan NUTP dalam tempoh dua minggu sebelum laporan diserahkan kepadanya. 

Katanya, cadangan yang munasabah akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan untuk pertimbangan sewajarnya. (BACA SETERUSNYA)
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: