.

JOM BACA !!!!! RAKYAT PERJUDIKAN MASA DEPAN !!!!!


BN berpengalaman

“Kita (BN) sudah berpengalaman, mereka (pembangkang) baru dua tiga tahun dah caca marba,” katanya pada majlis Bersama Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Pagoh, di Kompleks Sukan Pagoh, di sini semalam.

Muhyiddin berkata, ketika ini pembangkang sentiasa mendakwa mereka lebih telus dan boleh melakukan lebih baik daripada BN, namun ia hanya kenyataan kosong.

“Apa yang mereka buat yang lebih baik daripada kita? Sudah 55 tahun kita perjuangkan rakyat. Kenapa pentingnya kita pertahankan kuasa... kuasa ini bukan sekadar kuasa tetapi kuasa untuk kebaikan, untuk kebahagiaan, jamin kehidupan dan pertahankan hak kita. 
“Seperti Perlembagaan Persekutuan, kita pertahankan syiar, pertingkat, perkukuh Islam, tetapi bukan mengancam agama lain. Itulah kebijaksanaan BN pertahan hak semua orang dan pada masa sama menghormati Perlembagaan,” katanya.

Muhyiddin berkata, menjelang PRU, ‘kilang-kilang fitnah’ sudah mula bekerja 24 jam untuk menabur fitnah kerajaan dan memutarbelitkan fakta hingga mengelirukan rakyat.

Katanya, pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan rakyat di Seremban kelmarin yang hanya dihadiri kira-kira 7,000 penyokong, tetapi menggambarkannya seperti dihadiri tujuh juta orang.

“Macam Anwar Ibrahim, dia kata negara kita macam nak hancur, semua tak betul, bagi pada kroni, rasuah berleluasa. Fakta diputarbelitkan dan kata Menteri Besar Selangor paling banyak difitnah oleh BN.

“Siapa nak fitnah dia? Kerana dia MB Selangor? Bila dia dilantik dia janji macam-macam, bila dipersoalkan apa dia buat, dia tak boleh jawab,” katanya.

Tentukan masa depan

Muhyiddin juga berkata, PRU13 amat penting kerana akan menentukan masa depan BN untuk kekal berkuasa sama ada pada peringkat Parlimen atau DUN dan meneruskan agenda pembangunan negara.

Katanya, agenda ekonomi paling diutamakan untuk meletakkan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020 dan ia sudah dilaksanakan sejak merdeka tanpa mengambil kira latar belakang rakyat.

Beliau berkata, semua yang dilakukan membuktikan pembangkang tidak boleh menjadi lebih baik daripada BN tetapi hanya dapat direalisasikan jika mendapat mandat rakyat.

Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: