.

GEMPAR !!!!! PDRM SANGKAL NURUL EZZAH !!!!


Polis menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar baru-baru ini, yang menyatakan jumlah anggota polis di negara ini sudah mencukupi dan melebihi piawaian ditetapkan.

Statistik terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah bagi setiap anggota polis dan penduduk adalah 1:500, masih jauh rendah daripada jumlah nisbah yang diperakukan oleh polis antarabangsa (Interpol) iaitu seorang anggota polis bagi setiap 250 penduduk (1:250).

Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, nisbah terbaru PDRM itu menjelaskan statistik 1:270 yang dikeluarkan Nurul Izzah baru-baru ini adalah tidak tepat dan mengelirukan, sekali gus membuktikan cadangan pakatan pembangkang untuk membekukan pengambilan anggota polis sebagai tidak relevan.

Beliau berkata, statistik tersebut menunjukkan jumlah anggota polis sebenarnya perlu ditambah bagi memenuhi piawaian yang digariskan oleh Interpol.

"Membekukan pengambilan anggota polis disifatkan tidak relevan memandangkan banyak keperluan yang perlu dipenuhi selaras dengan peningkatan prasarana dan perkhidmatan.

"Disebabkan faktor kekurangan tenaga anggota yang dihadapi ketika ini, polis terpaksa mengurangkan anggota di bahagian penguatkuasaan trafik dan menggantikan dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Komandan Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah yang mahu membekukan pengambilan anggota polis sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Mortadza berkata, penambahan anggota polis dilihat sebagai satu keperluan khususnya dalam unit peronda terutama bagi memperbetulkan persepsi masyarakat ketika ini yang melihat kadar jenayah sukar dibendung.
Terdahulu, Mortadza menyaksikan majlis serah tugas antara bekas Ketua Penolong Pengarah Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Dr. Yew Chong Hooi dan bekas Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Datuk Shabudin Abdul Wahab.

Chong Hooi menerima tugas sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Shabudin yang dinaikkan pangkat dan dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.



Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: