Malu Anwar bukan kepalang apabila menerima respons yang negatif dari Menteri Luar Bob Carr.
Kata Carr kerajaan Australia bukan berfungsi sebagai badan pemantau Suruhan Jaya Pilihan Raya dan sudah tentunya bukan tugasnya untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia.
Apabila pihak asing tidak lagi berminat untuk mendokong agenda peribadi Anwar menerusi Bersih, kini Ambiga beriya-iya pula mahu melancarkan program ‘Jom Pantau’ baru-baru ini.
Anwar Ibrahim yang menggunakan plat-form Bersih melalui Ambiga Sreenavasan nampaknya semakin tertekan apabila rayuannya kepada kerajaan Australia untuk masuk campur dalam proses pilihan raya negara ini ditolak mentah-mentah.
Pembangkang amat senang mencari kesalahan dan keburukan orang lain tapi apabila terkena batang hidung terus membisu dan buat pekak telinga.
Contohnya pemilihan PKR dua tahun lalu penuh dengan gejala rasuah, nepotisme dan kronisme namun semua aduan dan bantahan disenyapkan oleh Anwar kerana mahu memenangkan kumpulan yang menyokong Azmin Ali.
Jika diperhatikan perjalanan tiga perhimpunan Bersih yang telah diadakan sejak tahun 2007, trendnya bukan untuk menuntut pelaksanaan lapan tuntutan yang dikemukakan kepada SPR tetapi sebagai satu cara mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan rusuhan jalanan.
Lebih-lebih seruan Ambiga sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak rakyat berpartisipasi dalam program ‘Jom Pantau’ kononnya sebagai pemerhati dalam PRU13 adalah taktik untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu.
Lebih-lebih seruan Ambiga sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak rakyat berpartisipasi dalam program ‘Jom Pantau’ kononnya sebagai pemerhati dalam PRU13 adalah taktik untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu.
Ini kerana perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 menyaksikan majoriti peserta yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada orang Melayu terutamanya golongan muda dan belia.
Amat sedikit sekali peserta ketiga-tiga demonstrasi anjuranBersih disertai oleh kaum Cina apatah lagi kaum India, lantas menimbulkan syak wasangka apakah sebenarnya tujuan bersih.
Politik Melayu telah berpecah tiga kepada UMNO, Pas dan PKR dan usaha yang dilakukan oleh Ambiga adalah untuk memburukkan lagi retak pada perpaduan Melayu.
SUMBER : BISWARDI
SUMBER : BISWARDI
0 comments:
Post a Comment