Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik menggesa agar parti politik dibenarkan membuka cawangan di kampus universiti bagi “membebaskan mahasiswa” untuk bergiat dalam politik.
“Isunya sekarang bagi saya, bukan sama ada (mahasiswa) masuk pilihan raya atau tidak. Tetapi sistem keseluruhan itu perlu diubah.(Akta Universiti dan Kolej Universiti) AUKU sahaja tak cukup.
“Pindaan Seksyen 15 tak cukup. Tetapi sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia dan sistem politik naungan ini perlu diubah.
“Budaya seperti itu sekarang tercerna kepada rakyat. Adakah dengan politik bernaung ini mahasiswa nak bertanding? saya rasa ini bukan isu,” katanya dalam forum PRU13: Agenda Mahasiswa anjuran Gerakan Mahasiswa 13 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.
Jelasnya, usaha untuk membebaskan mahasiswa itu melibatkan reformasi ke atas sistem itu sendiri
“Isunya ialah kalau nak bebaskan mahasiswa, sistem itu (perlu diubah). Benarkan parti politik di universiti ada cawangan masing-masing. Benarkan mahasiswa anjurkan debat dengan memanggil wakil yang akan bertanding,” katanya lagi.
Beliau juga berkata mahasiswa harus berperanan sebagai pemerhati pada pilihan raya umum akan datang dan membantu menangkap “pengundi hantu” dalam pilihan raya.
“Saya rasa mahasiswa ini patut jadi pemerhati pilihan raya umum. Kalau ada hantu-hantu, mahasiswa boleh tangkap hantu itu,” katanya.
Turut menyertai forum tersebut ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Pengerusi Soilidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang serta bekas aktivis pelajar, Ahmad Shukri Razab. – MALAYSIA KINI
TWH.
Ni apa kes pulak lagi ni. tak pasal-pasal pulak nak berpolitik sakan dalam kampus pusat-pusat pengajian.
Alangkah tidak logiknya , idea sebegini diutarakan oleh seorang yang bijakpandai seperti dia ni. Study Is Study , nak berpolitik sila la berenti aje. Senang , tak payah nak serabutkan dan semakan kampus. Kerana politik melayu berpecah , apa tak fikir ker.
Adakah dia ni cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan semasa ? apakah perlunya cawangan parti dalam kampus , tempat untuk menimba ilmu untuk menjamin masa depan anak-anak Melayu.
tolong logik sikit la kalau nak bagi cadangan pun.
0 comments:
Post a Comment