.

GEMPAR !!!"OPPOSITION SITE CRISIS ANALYSIS"!!!!


Perbalahan demi perbalahan dingin didalam PR akhirnya akan membawa kepada titik mula perpecahan antara 3 parti pembangkang iaitu PAS , DAP dan PKR . Masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk melihat bagaimana kerajaan yang sedia ada digulingkan. 

PAS BERKECAMUK.

Pas kini lihat seperti bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan Islam. dahulunya "HUDUD" adalah menjadi teras perjuangan PAS sehingga mampu mempengaruhi setiap ahli-ahlinya dengan ketaksuban perjuangan mereka walaupun terpaksa mempengaruhi setiap ahlinya dengan menabur fitnah terhadap Kerajaan.

Kini,perpecahan Pas pula menjadi isu serta kini Pas dilihat semakin goyang dan tidak teguh. Pelbagai isu yang timbul mutahir ini,Perpecahan dalaman Pas terjadi apabila bermulanya isu yang menjadi sebutan setiap akhbar,blogger,facebooker,malah mendapat perhatian daripada agenasi luar negara berkenaan dengan isu KALIMAH ALLAH.

Dalam pada masa yang sama juga,Ustaz Nasharuddin Mat Isa pula dipecat daripada barisan Ahli Majlis Syura Pas kerana tidak hadir mesyuarat Majlis Syura Pas.Ketegasan Nik Aziz yang hanya membabi buta dilihat seperti tidak mengutamakan sokongan ahli terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang secara jelasnya adalah pejuang Pas yang disenangi ramai.

Boleh dikatakan setiap isu yang keluar dari tembolok Pas,Pas gagal menyelesaikannya dengan baik sekaligus akan menyebabkan semakin ramai ahli Pas akan meninggalkan parti tersebut untuk menyertai UMNO semula.

PKR HILANG SOKONGAN.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyedari bahawa rakyat sudah mula jemu dengan permainan politik Anwar Ibrahim. Ini terbukti apabila semakin ramai pemimpin PKR keluar dan meninggalkan parti tersebut kerana janji-janji kosong yang buat oleh Anwar Ibrahim.

Kini PKR semakin hilang sokongan rakyat diperingkat akar umbi. PKR dilihat semakin goyah apabila menyedari terdapat sebuah gerakan halus untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim dari bumi Permatang Pauh.

Ini kerana terlalu banyak janji yang ditaburkan tetapi tidak ada satu pun yang berjaya Anwar tunaikan.Ramai ahli PKR Permatang Pauh kini sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim dengan corak kepimpinan FITNAH yang cuba dibawa kepada masyarakat luar bandar tersebut.

Maka tidak hairanlah mengapa didalam Pas juga terdapat golongan Pro-Anwar yang digelar sebagai "Anwarinas".Golongan inilah yang menyebabkan Pas dilihat semakin huru-hara.Buktinya adalah,mereka menyokong setiap apa yang diutarakan oleh Anwar Ibrahim.Contohnya seperti isu kalimah Allah. Anwar juga mendesak Pas agar mengeluarkan kenyataan BERSETUJU untuk bukan islam menggunakan kalimah suci tersebut didalam Bilbe versi bahasa melayu. 

Malah Anwar Ibrahim tergamak menyatakan bahawa Nik Aziz sudah tidak tahu Agama , Hadi Awang diibaratkan sebagai lalang.Kini yang tinggal didalam Pas adalah penyokong dan ahli yang taksub dengan perjuangan Negara Berkebajikan Pas.



DAP MENANG TIPIS

Jika lihat dari angka jangkaan kemenangan DAP didalam PRU-13 akan datang,jelas menunjukan bahawa DAP juga pasti akan merasai kehilangan beberapa kerusi terutama sekali di Pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain. 

Isu pilihanraya Dap (CEC) adalah menjadi punca mengapa Dap terpaksa menerima kemenangan tipis tetapi dilihat tidak lagi teguh terutama sekali di Pulau Pinang.Ramai ahlinya tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah diumumkan sekaligus menyifatkan parti Dap adalah sebuah parti "ANAK BERANAK".Teringat pulak satu masa dahulu, cemohon yang sama dilemparkan kepada UMNO. 

Analisis yang dibuat oleh pemerhati politik luar dan dalam negara jelas menunjukan bahawa Dap adalah sebuah parti politik yang bercorak PERKAUMAN.Pembuktianya adalah,Dap sengaja mendesak Pas bagi meluluskan penggunaan kalimah Allah didalam kitab bible versi Bahasa Melayu. isu tersebut juga dimainkan oleh rakan sekutunya didalam PakatanRakyat iaitu PKR. 

Dap sedar bahawa didalam Pas masih terdapat lagi golongan Anwarinas, dan menggunakan tekanan Anwar Ibrahim untuk mendesak Pas agar meluluskan permintaan mereka.Sedangkan dalam pada masa yang sama PKR juga memerlukan ahli Pas sebagai penyokong PKR untuk memenangi banyak kerusi didalam PRU-13 akan datang.Maka Dap menggunakan kesempatan tersebut.

Jika kita perhatikan angka kemenangan Pakatanrakyat diatas, Dap adalah pemegang angka kemenangan tertinggi iaitu 24 kerusi jika dibandingkan dengan PKR 15 kerusi,manakala Pas pula 18 kerusi.

Ini menunjukan bahawa sekiranya PR memerintah negara,adakah Dap akan memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. TWH tidak memikirkan itu akan berlaku.Begitu juga dengan Pas,sungguhpun bagai dikata,Pas tidak ingin kerusi Perdana Menteri,tetapi Pas juga mempunyai hati dan perasaan untuk tidak membenarkan Dap mengepalai tanahair.


Menurut sumber itu lagi, keyakinan terhadap kemenangan besar BN kali ini banyak dibantu oleh faktor kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan kejayaan program-program transformasi yang telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini.
 
Peningkatan sokongan terhadap kepimpinan beliau juga disebabkan percakaran dalam gabungan pembangkang yang sedikit sebanyak menggugat keyakinan rakyat. Selain itu kegagalan mereka dalam memenuhi janji-janji dan mengemukakan janji-janji baru yang tidak munasabah turut membuatkan rakyat sangsi dengan matlamat dan hala tuju gabungan pembangkang dalam mentadbir negara.




Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: