.

GEMPAR !!!! PARASIT DALAMAN : HARUN TAIB!!!


Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib hari ini mengecam Pengerusi DAP, Karpal Singh dan sekutunya iaitu 'parasit' dalam Pas yang dilihat memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas dengan menganggap majlis itu hanya bersifat minoriti dalam parti sekutunya itu.

Sambil menyifatkan Karpal dan sekutunya sebagai 'tidak tahu apa-apa' tentang Pas dan 'kehabisan modal', beliau menegaskan, Majlis Syura Ulama Pas berada di kedudukan tertinggi sekali gus mempunyai kuasa lebih besar dalam membuat sebarang ketetapan atau keputusan parti.

Pada masa sama, jelasnya, Majlis Syura Ulama juga merupakan pemegang polisi atau dasar parti dan peranan pentingnya itu tidak boleh dipertikaikan dan mesti dihormati.

"Karpal tak tahu apa-apa dalam parti Pas sebab dia orang luar. Dalam Pas, Majlis Syura Ulama lebih tinggi kuasanya malah merupakan pemegang polisi atau pun dasar parti.

Diharap Karpal jangan terlalu celupar sehingga timbul biadap dan kurang ajar terhadap parti Islam seperti Pas. Kerjasama Pas dan DAP hanyalah untuk sekadar politik sahaja bukan keputusan mengenai Islam atau polisi parti.

Pas bila-bila masa boleh keluar daripada pakatan ini jika Karpal terlalu celupar dan biadap tanpa menghormati sebuah parti Islam seperti Pas.

Pas tidak pernah mengganggu dasar parti DAP walaupun bertentangan dengan dasar parti Pas kerana Pas menganggap kerjasama yang dijalin hanya untuk politik sahaja bukan untuk dasar atau polisi.
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah terbaik. . Keluar Lah PAS kesian org Melayu dan mualaf islam

Talk With Hand said...

itu lah yang sepatutnya .. kenapa perlu tunggu???

Seharusnya dah lama dah ..