.

GEMPAR !!! PENDEDAHAN KAJIAN BN MEMANG BESAR DARI SUMBER DALAMAN RISIKAN PAS !!!!!



Menurut sumber tersebut, BN mampu menang sehingga 165 kerusi Parlimen, menambah 25 kerusi. Sementara gabungan pembangkang dijangka hanya mampu mempertahankan 57 kerusi – hilang hampir separuh daripada kerusi yang dimenangi. Sumber itu juga menyebut Pas bakal kehilangan lima kerusi, terutama di Kedah dan Kelantan. 
Sementara Dap pula bakal kehilangan empat kerusi terutama di Perak dan Selangor, juga di Pulau PinangPKR pula dikatakan akan mengalami kejutan lebih hebat dan dijangka hanya mampu mempertahankan 16 kerusi parlimen. Kerusi yang hilang kebanyakkannya di Selangor, Kedah dan Wilayah Persekutuan. 
Menurut sumber itu lagi, keyakinan terhadap kemenangan besar BN kali ini banyak dibantu oleh faktor kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan kejayaan program-program transformasi yang telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini. 
Peningkatan sokongan terhadap kepimpinan beliau juga disebabkan percakaran dalam gabungan pembangkang yang sedikit sebanyak menggugat keyakinan rakyat. Selain itu kegagalan mereka dalam memenuhi janji-janji dan mengemukakan janji-janji baru yang tidak munasabah turut membuatkan rakyat sangsi dengan matlamat dan hala tuju gabungan pembangkang dalam mentadbir negara. 
Mungkin analisa yang diberikan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, lebih berpaksikan kepada realiti sebenar. Dalam kenyataannya, EIU meramalkan BN akan memenangi PRU-13 berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan yang dilakukan oleh perdana menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya. 
Menurut laporan itu lagi, ia berbeza dengan gabungan pembangkang yang hanya pandai membuat janji untuk mendapatkan kuasa di mana ia dilihat sebagai penghalang terbesar kepada pembangkang untuk memenangi hati rakyat walaupun mereka sendiri menyedari tidak sesuai dan sesuatu yang amat sukar untuk melaksanakan semua janji-janji kempen mereka. 
Walaupun mungkin ada yang percaya dan yakin dengan kemampuan pembangkang, dalam membuat perkiraan, ia perlu melihat kepada realiti semasa. Situasi hari ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku pada 2008. Malah isu yang timbul juga berbeza.

Sumber : Ohlpolitik.blogspot..com
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: