.

GEMPAR !!!! PENGAWAL PERIBADI DARI FILIPINA !!!!!

Daniel Cruz

  1. Berkhidmat selama lima tahun sebagai Pegawai Kes dengan National Intelligence Coordinating Agency (NICA)
  2. Lima tahun sebagai Penyiasat Penjenayah dengan US Drug Enforcement Administration (DEA) di Kedutaan Amerika Syarikat di Manila.
  3. Menjalani Kursus Hostage Rescue and Explosive Entry di Tactical Explosive Entry School (TEES) di Memphis, Tennessee pada tahun 1992 dan Combat Tracking Level 1 & 2 Courses di bawah Tactical Tracking Operations School (TTOS) yang diadakan di Guam di bawah US Marshals Service (USMS) Program pada tahun 2002.
Dia merupakan perintis ‘Pinoy Peek’, sejenis kaedah penurunan tali yang sekarang ini digunapakai secara meluas di seluruh dunia. Dia juga merupakan ahli National Tactical Officers Association (NTOA) dan The International Association of Bomb Technicians and Investigators (IABTI) semenjak 1992.

Telah mengendalikan latihan di seluruh dunia untuk suku pertama tahunan bagi Kewaspadaan Ancaman dan Perlindungan Peribadi untuk wartawan lapangan GMA1 Network News termasuklah sebagai Hakim Mahkamah di bawah Philippine Judicial Academy (PhilJA) dan telah mengendalikan Kursus Penurunan Tali PSO dan Taktikal secara tahunan untuk kebanyakan anggota SWAT dan PSO Banko Sentral ng Pilipinas (BSP) semenjak tahun 2004.

Dalam bidang Operasi Perkhidmatan Perlindungan (PSO), Daniel Cruz pernah berkhidmat kepada Bill dan Melinda Gates. Sekarang ini dia berkhidmat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim semenjak Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada tahun 2008.

Dia telah menulis dua artikel taktikal berjudul, “Tactical Rappelling: The Pinoy Peek – A New Ingress/Egress Technique Developed in the Philippines (1994) dan First Explosive and Tactical Entry Course in the Philippines (1995). Kedua-dua artikel tersebut telah diterbitkan oleh Tactical Edge, sebuah penerbitan tiga bulan sekali dengan penerbitnya adalah US National Tactical Officers Association.

Daniel Cruz sekarang ini merupakan Konsultan Sekuriti Senior untuk Orion Support Incorporated. (OSI).


Noel Del Rosario

  1. Pasukan Polis Kebangsaan Filipina selama lebih dua puluh tahun dengan tugas utamanya adalah dalam Special Weapons And Tactics (SWAT).
  2. Banyak seminar latihan dan worksyop di seluruh Filipina dan di seluruh dunia, terutama dalam memperkemaskan skil penggunaan senjata, penyiasatan, mempertahankan diri dan beberapa skil menentang terrorisme.
  3. Pemenang kejuaraan menembak dan mewakili Filipina dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC) dan di International Defensive Pistol Association (IDPA).


Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: