.

GEMPAR !!! PENING : ANTARA ANAK DAN POLITIK BAPAK!!!!


Anwar dalam wawancara dengan Sinar Harian baru-baru ini telah mendedahkan dua indikasi yang menarik, pertama, beliau membayangkan berkemungkinan tidak akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan bertanding di kawasan parlimen lain yang belum diumumkan lagi.

Kedua, Anwar turut membayangkan dalam PRU13 ini bukan bermatlamatkan untuk memburu jawatan Perdana Menteri, sebaliknya untuk menjaga kepentingan rakyat, berbeza dengan ucapan-ucapan kempennya sepanjang 4 tahun lepas

Perubahan nada kempen Anwar itu hampir sama dengan kempen dalam Pilihanraya Negeri Sarawak, daripada berkempen dengan penuh yakin dapat mengambil alih tampuk pemerintahan kepimpinan negeri, sehingga menabalkan bakal Ketua Menteri, Baru Bian, kepada bermatlamatkan mahu mengurangkan majoriti dua pertiga kepimpinan kerajaan negeri beberapa hari sebelum hari mengundi.

Menyedari bahawa gerakan halus penyingkiran Anwar Ibrahim di Permatang Pauh , pelbagai rentak dan corak telah disusun atur oleh Anwar Ibrahim bagi memastikan dirinya dan Nurul Izzah menang didalam PRU-13 nanti . 

Kuat khabar angin menyatakan bahawa Anwar akan memindahkan anaknya ke Permatang Pauh dan Anwar pula akan menggantikan tempat anaknya di lembah Pantai. Ini ada kemungkinan berlaku diantara mereka berdua. 

Secara dasarnya , Anwar mengetahui bahawa anaknya jika diletakan dimana sahaja untuk bertanding , pasti akan kalah , tambahan pula rekod Nurul Izzah tidak begitu cemerlang di lembah Pantai , ini kan pula jika diletakkan di Permatang Pauh bagi menggantikan tempatnya. 

Namun , ada juga yang menyatakan bahawa PKR akan cubaan untuk merampas kerusi PAS di Parlimen Titiwangsa kerusi yang diduduki oleh Dr.Lolo' yang kosong selepas kembalinya Dr.Lo'lo' ke rahmatullah lalu. 

Adakah PAS akan membenarkan PKR merampas kerusi tersebut dengan meletakan calon kalah iaitu Nurul Izzah di Parlimen Titiwangsa bagi menggantikan Dr.Lo'lo'?  








Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: