.

GEMPAR !!!!! SURAT PEMECATAN TIDAK LANGSUNG MENYENTUH ASAS PEMENCATAN !!!

Isu pemecatan YB.Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS masih terus dipertikaikan oleh pelbagai pihak sejak pemecatannya diumumkan oleh Mursydul AM PAS Nik Aziz Nik Mat.Surat rasmi pemecatan anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS akhirnya sampai ke tangan beliau Rabu selepas dipecat kira-kira dua minggu lepas.

Didalam perjalanan kes pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa , terdapat beberapa kekeliruan yang layak untuk dipertikaikan oleh setiap ahli PAS yang memikirkan bahawa tiada sebab yang munasabah dan kukuh mengapa Ustaz Nasharuddin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulama PAS. 

PROSES PEMECATAN UNDANG-UNDANG MAJLIS SYURA. 

Didalam surat tersebut tidak dinyatakan dengan jelas dan nyata apakah bentuk salah laku dan penyelewengan yang telah dibuat oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menyebabkan keputusan perlucutannya terpaksa diambil oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Kerana kedudukan Majlis Syura adalah tinggi dan mulia , maka penjelasan yang telus dengan sebab yang munasabah perlu dilakukan oleh Majlis Syura Ulamak PAS bagi memastikan asbab perlucutan Ustaz Nasharuddin adalah jelas dan boleh diterima dikalangan ahli-ahli parti islam tersebut. 

Ini menunjukan  bahawa PAS tiada ketetapan didalam mengenakan tindakan undang-udang Majlis Syura Ulama PAS keatas diri Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dan ianya bersifat seperti "KUKU BESI". 

Perkara ini amatlah tidak logik dan adil untuk diri Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang hanya baru sekali tidak hadir mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS. Sedangkan jika dilihat semula kepada rekod kehadiran Ahli mesyuarat tersebut , ada juga di kalangan Ahli pernah tidak hadirkan diri untuk beberapa kali.


Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Antara pertikaian yang harus dipersoalkan adalah:- , 

1) Mengapa surat perlucutan jawatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa berlainan dengan tarikh surat tersebut dihantar kepada Ustaz Nasharuddin ?

2)  Mengapa tiada sebab yang jelas disebutkan didalam surat tersebut ? pemecatan dan sebab mengapa Ustaz Nasharuddin perlu jelas dan telus perlu dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS yang dipandang tinggi dan mulia. 




Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: