.

HARUS BACA !!!! JANGAN FIKIR RAKYAT SABAH BODOH !!!!


Keyakinan Ketua Pemimpin pembangkang yang kononya penyertaan beberapa orang pemimpin UMNO menyertai PKR di Sabah akan membuka peluang dan ruang kepada PKR untuk menakluki Putrajaya,kini menjadi satu pertikaian yang hangat didalam PakatanRakyat dan sekaligus memberikan tekanan kepada dua rakan sekutunya DAP dan PAS.

Isu ini bukanlah sebuah isu yang baru dimainkan oleh blogger-blogger Pro-Kerajaan mahupun penggemar-penggemar politik tanahair. Isu Anwar Ibrahim ingin menjadi PM juga bukanlah satu cerita baru didalam arena politik Malaysia. Tambahan pula Anwar pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya PakatanRakyat menang didalam PRU-13 yang bakal berlangsung. 

Kesan luka yang masih mendalam dihati rakyat Sabah ketika Anwar berkomplot bersama-sama pemimpin PBS yang handal pada ketika Anwar berada dikerusi No.2 Negara masih lagi meninggalkan kesan parut yang sakit terhadap rakyat Sabah.

Rakyat Sabah tidak akan lupa dengan peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim sekitar tahun1980-an dan 1990-an didalam memusnahkan Sabah. Buku-buku sejarah mungkin tidak lalek untuk menulis lanskap politik yang akhirnya menyaksikan penduduk kristian Sabah dan pemimpinya disingkirkan malah, kesannya masih dalam dan "Manusia Lidah Bercabang " seperti Anwar Ibrahim tidak harus dipercayai apatah lagi untuk memberikan peluang kepada dirinya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Disini jelas menunjukan bahawa rakyat Sabah sememangnya sudah tidak percaya kepada kata-kata yang dikeluarkan oleh "Manusia Lidah Bercabang" seperti Anwar Ibrahim. Mala kepercayaan dan keyakinan terhadap kerajaan pemerintah kini semakin mendapat sambutan dan mendapat tempat dihati setiap rakyat Sabah. 





Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

talk2u said...

aku tk phm apa yg ko cba nk citer/smpaikn sbnrnya.. cba dtail skit dlm pnulisn ko nih.. mcm trgntung2 tau x? nk post entry post la btol..explen... haihhh