.

BREAKING NEW!!!!!! KPN SAHKAN SERANGAN DI SEMPORNA !!!!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan ada pegawai dan anggota pasukan keselamatan terkorban dalam kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, jam 7.30 malam tadi.

Sehingga jam 12 tengah malam, beliau bagaimanapun masih belum dapat memberi butiran lanjut mengenai jumlah sebenar anggota pasukan keselamatan yang maut dan cedera kerana masih menunggu laporan penuh daripada ketua setiap pasukan ditugaskan. 



“Saya mengesahkan ada kejadian tembak menembak yang berlaku di sekitar Semporna, hingga menyebabkan anggota kita terkorban. 


“Kita minta penduduk di kawasan sekitar sentiasa berwaspada dan memaklumkan segera kepada polis sekiranya ada sebarang unsur yang mencurigakan,” katanya ketika dihubungi BH malam tadi.

Ismail berkata, pihak polis akan memaklumkan kejadian itu dalam masa terdekat sejurus menerima laporan penuh daripada komander setiap kawasan yang terbabit.

Dalam laman facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, Ismail berkata, kejadian tembak menembak di Kampung Sri Jaya Siminul itu susulan pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di kampung berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan itu bertujuan mengesahkan pembabitan pencerobohan di Lahad Datu. 


“Setakat ini, polis belum dapat mengesahkan jumlah mereka terbabit dalam kejadian itu. Bagaimanapun dipercayai mereka yang terbabit tidak lebih 10 orang,” katanya.

SUMBER
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment