.

BREAKING NEWS !!!!! LAHAD DATU:- OPERASI LAUT DI LUMPUHKAN !!!!


Operasi memotong bahagian kapal sepanjang 68 meter itu bermula sejak 22 Februari lalu. Bagaimanapun, operasi memotong itu terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk.


Operasi memotong kapal itu dilakukan dengan menggunakan sebuah kren di atas sebuah kapal lain. Kapal itu terkandas pada 17 Januari lalu selepas ia tersilap memasuki kawasan terumbu karang.

Badan depan sebuah kapal pembersih periuk api milik tentera Amerika Syarikat (AS), USS Guardian dipotong selepas ia terperangkap di Terumbu Tubbataha di Laut Sulu, lapor akhbar Philippine Daily Inquirer semalam.

Bahagian depan kapal itu diangkat dengan menggunakan sebuah 
kren selepas ia dipotong di Terumbu Tubbataha, Laut Sulu.

Jurucakap Pasukan Pengawal Pantai Filipina, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, sebuah pasukan berjaya melakukan operasi tersebut.

Badan kapal yang dipotong itu diletakkan di dalam sebuah tongkang kelmarin. Menurutnya, pasukan penyelamat akan melakukan operasi memotong baki bahagian badan kapal itu. - 

SUMBER_ VAT69
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: