Sekiranya mereka mengaku sebagai pengikut Sultan Jamalul Kiram III atau Sultan Ismael Kiram II yang mengaku FILIPINO maka Malaysia boleh isytiharkan mereka bukan Sultan Sulu malah sebagai Filipino. Implikasinya ialah Malaysia harus bertanya Filipina samada itu adalah rakyat mereka. Kalau dia kata ya rakyat Filipina maka Malaysia boleh mengutuk Filipina sekiranya tidak bertanggungjawab terhadap kemasukan rakyatnya itu ke Sabah Malaysia. Ia dikira ceroboh dengan bawa senjata dan boleh dibunuh sebagai tindakan mandatori sekiranya enggan keluar malah enggan berunding.
Malangnya Filipina tak mengaku mereka itu sebagai Filipino dalam banyak kenyataan akhbar. Walhal sangat jelas Sultan Jamalul Kiram III itu dan adiknya Sultan Esmail Kiram II telah membuat kenyataan video sebagai rakyat Filipina yang mahukan bantuan Filipina merampas Sabah. Malaysia hanya perlukan pengisytiharan bahawa mereka yang masuk ke Lahad Datu itu adalah penceroboh Filipino yang mencabuli kedaulatannya dan seharusnya selepas itu Malaysia tidak boleh dipersalahkan sekiranya membuat tindakan menyerang.
Walau bagaimana pun kita melihat bahawa Malaysia lebih berkeyakinan tidak menyerang penceroboh Lahad Datu itu disebabkan dua perkara.
Malangnya Filipina tak mengaku mereka itu sebagai Filipino dalam banyak kenyataan akhbar. Walhal sangat jelas Sultan Jamalul Kiram III itu dan adiknya Sultan Esmail Kiram II telah membuat kenyataan video sebagai rakyat Filipina yang mahukan bantuan Filipina merampas Sabah. Malaysia hanya perlukan pengisytiharan bahawa mereka yang masuk ke Lahad Datu itu adalah penceroboh Filipino yang mencabuli kedaulatannya dan seharusnya selepas itu Malaysia tidak boleh dipersalahkan sekiranya membuat tindakan menyerang.
Walau bagaimana pun kita melihat bahawa Malaysia lebih berkeyakinan tidak menyerang penceroboh Lahad Datu itu disebabkan dua perkara.
- PERTAMA: Mereka bukan rakyat Filipina walau pun pemimpin mereka jelas Filipino. Dibimbangi mereka itu adalah benar bukan Filipino dan benar adalah rakyat KESULTANAN SULU. Malaysia agak ragu kerana ketidak pastiannya mengagak apakah tindakannya betul sekiranya menembak mati penceroboh itu yang mana mereka mengaatasnamakan Kesultanan Sulu? Apakah implikasi antarabangsa terhadap tindakan menembak itu? Mungkinkah Malaysia dituduh menembak rakyat Sultan Sulu yang mana nama Kesultanan Sulu itu terkait dengan kedaulatan SABAH? Maka Malaysia memilih berunding secara damai tanpa syarat meminta penceroboh keluar secara baik. Namun sampai bila? Sekiranya penceroboh terus bertahan?
- KEDUA: Malaysia tak akan menembak disebabkan tanggungjawabnya sebagai pemerintah beragama Islam yang melarang membunuh sesama Islam. Walau pun alasan ini agak rapuh disebabkan pihak penceroboh itu jelas berniat melawan sanggup berbalas tembakan sekiranya permintaan mereka tidak dituruti, namu Malaysia harus memilih tidak menembak walaupun ugutan dah diberikan sejak awal kepada penceroboh.
Permainan licik yang disusun oleh Anwar Ibrahim agar keselamatan negara dilihat seperti tidak terjamin,kin terjawap lah sudah.Dengan tertumpasnya kumpulan militan yang menganggp bahawa diri mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu hari ini.
Walaupun kes Lahad Datu ini adalah rumit,namun segalanya kini terungkai lah sudah apabila pertumpahan darah berlaku sehingga melibatkan 2 orang anggota polis komando terkorban. INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO kini baru puas hati Anwar Ibrahim apabila melihat pertumpahan darah ini berlaku.
1 comments:
Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.
- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.
Post a Comment