.

BREAKING NEWS!!! SERAH DIRI ATAU TINDAKAN DRASTIK AKAN DIAMBIL !!!!


Beberapa anggota kumpulan bersenjata Sulu yang masih berada di Kampung Tanduo harus menyerah diri atau berdepan tindakan lebih drastik, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata, kumpulan tersebut yang diketuai oleh adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III harus meletakkan senjata dan menyerah diri.
"Kami tiada pilihan lain tetapi mengambil tindakan sewajarnya untuk menahan mereka," katanya selepas menghadiri taklimat mengenai operasi di Lahad Datu bersama dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di Felda Sahabat di sini.
Kumpulan tersebut kini telah dikepung dan tidak mempunyai pilihan selain menyerah diri.
Ismail berkata, polis kini berada dalam keadaan bersedia untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Hishamuddin berkata beliau akan berada di Sabah sehingga perkara itu diselesaikan.
Kira-kira 12 anggota kumpulan bersenjata Sulu maut dalam insiden tembakan dengan anggota polis komando yang mengepung perkampungan tersebut. 
Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment