.

BREAKINGNEWS!!!! MENJADIKAN LAHAD DATU SEBAGAI HELAH POLITIK !!!!!

Hari ini senario politik tanahair lebih tertumpu kepada tindakan pemimpin-pemimpin pembangkang yang sering kali menjadikan serangan penceroboh di Lahad Datu sebagai isu politik yang membolehkan mereka menyentuh dan mempersoalkan kepakaran institusi keselamatan negara.

Ini jelas menunjukan bahawa pembangkang sudah mula kekurangan peluru untuk meneruskan perjuangan mereka untuk menakluki Putrajaya didalam PRU-13 akan datang. Jika dilihat kenyataan-kenyataan yang mereka buat  , jelas menunukan bahawa mereka sendiri tidak tahu secara mendalam bagaimana secara teknikalnya pasukan keselamatan membuat serangan balas terhadap penceroboh di Lahad Datu dan kenyataan yang dibuat juga adalah dengan sengaja tanpa mereka sendiri membuat penelitian yang mendalam. 
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, pembangkang juga cuba mengambil peluang memperkecilkan kemampuan negara menangani isu itu termasuk dalam penggunaan pesawat komersial bagi menghantar pasukan keselamatan ke Sabah.

Bagaimanapun, menurut beliau, rakyat hari ini sudah semakin bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan strategi pembangkang yang hanya bermatlamat memburuk-burukkan kerajaan.

Beliau mengulas tindakan pembangkang mengutuk usaha kerajaan menyediakan penerbangan komersial, AirAsia untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke Lahad Datu, Sabah baru-baru ini.

Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayum Jawan berkata, pembangkang tidak sewajarnya mempersoalkan usaha kerajaan tersebut memandangkan melibatkan soal nyawa rakyat dan keamanan negara.

Ehsan :Utusanonline.

PS: Banyak lagi pendedahan yang akan dibuat di laman blog Talkwithhand. Teruskan menjadi pembaca di laman blog ini.Terima Kasih. 



  







Share on Google Plus

About Talk With Hand

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: